Sebelum ini Kim Kardashian dikecam kerana memilih nama ‘Kimono’ untuk koleksi pakaian dalamnya. Berikutan isu tersebut, ia menjadi perhatian rakyat Jepun, dan seluruh dunia.
Malah, Datuk Bandar Kyoto, Daisaku Kadokawa telah menulis secara rasmi untuk meminta Kim memikirkan semula keputusan beliau untuk menggunakan perkataan Kimono sebagai hak cipta beliau.
Untuk pengetahuan anda, jika kita katakan kimono, secara tidak langsung ia merujuk kepada kepada pakaian tradisional masyarakat Jepun dan itu adalah benda yang nyata. Malah, kimono merupakan identiti kepada masyarakat Jepun dan itu adalah yang tidak ketara.
Mayor of KYOTO (!!!) made an official request to Kim K to RECONSIDER and STOP what she’s doing. KYOTO! Once the capital of Japan, city of traditional kimono makers. GO KYOTO! pic.twitter.com/0Mhm7vMPk9
— Stasia Matsumoto 松本スターシャ // inKIMONO (@inkimono1) June 28, 2019
Berikutan hal itu, Kim tidak akan menarik balik atau menangguhkan penjualan koleksi pakaian dalamnya itu tetapi akan melakukan penjenamaan semula ‘Kimono Solutionwear’. Malah, Kim juga akan membatalkan niat untuk mempatenkan perkataan ‘Kimono’ tersebut.
Nampaknya kes ini dapat diselesaikan dengan baik. Mungkin juga ini merupakan teknik untuk Kim pasarkan koleksinya.
Baca lagi: Kim Kardashian Dikecam Kerana Pilih Nama ‘Kimono’ Untuk Koleksi Pakaian Dalam