Pada musim perayaan ini jalan highway mahupun jalan kampung, keadaan lalu-lintas sangat sesak dengan kenderaan yang balik beraya dari satu tempat ke tempat lain.

Seorang pemandu Perodua Myvi mendapat ‘pengajaran’ paling bermakna dalam hidup apabila keretanya terjatuh dan tersangkut di tebing sekolah.

Baca Juga:

Menurut TikTok @m.a7annnn kejadian itu berlaku dipercayai apabila pemandu Myvi tersebut cuba memotong barisan panjang di laluan berkenaan.

https://www.tiktok.com/@m.a7annnn/video/7226280570039307526

Dalam video berkenaan pemandu itu ‘berusaha keras’ bergerak kehadapan dan kebelakang untuk keluarkan separuh badan King yang tersangkut.

Apabila perakam melepasi kereta Myvi itu, bahagian bumper hadapan sudah tercabut. Walaupun kereta sudah teruk sebegitu, namun tiada kereta lain yang berhenti memberikan bantuan.

Netizen umpamakan situasi itu sebagai ‘orang tamak, selalu rugi’. Hanya sebab tidak boleh bersabar beberapa minit, pemandu itu terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membaiki kerosakan kereta King tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @m.a7annnn
Sumber Gambar: TikTok @m.a7annnn
Sumber Gambar: TikTok @m.a7annnn

Dalam pada itu, ada berasa kesian selepas menonton video tersebut. Mereka berpendapat pemandu Myvi itu mungkin dalam ‘kecemasan’ sehingga dia terpaksa memotong kereta-kereta lain.

Namun nasib tidak menyebelahinya, kereta pula tersangkut di bahagian tebing selekoh berkenaan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.