Setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, kemunculan iklan Hari Raya adalah antara yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat tidak kira sama ada di kaca televisyen mahupun di Youtube.

Oleh yang demikian, dengan bertemakan ‘Kosong-Kosong’ kisah raya dua selebriti terkenal iaitu Lisa Surihani dan Zizan Razak menjadi pilihan dalam iklan Hari Raya Astro pada tahun ini.

Apa yang ingin disampaikan melalui iklan Raya kisah pengalaman dua selebriti ini ialah mesej ‘Kosong-Kosong’ yang memberikan kesan mendalam terhadap diri kerana ia menyentuh kenangan-kenangan terindah bersama keluarga, rakan dan juga jiran tertangga.

Kepada yang masih belum menonton, apa kata jom kita lihat iklan ini di bawah.