Pada sekitar tahun 90-an,  wanita ini pernah menganggotai satu kumpulan rock  bernama Sherox. Menjadi pemain bass bagi kumpulan tersebut, mereka pernah mengeluarkan satu album bertajuk ‘Awek Rock’.

anita-2

Yang mana satu awek rock pengembara tu? Ini cover album mereka untuk pasaran Indonesia.

Kali ini Vocket Travel berpeluang menemubual bekas ‘ Awek Rock’ yang telah bertukar menjadi seorang pengembara tegar.

Jom kami kenalkan anda dengan Anita Yusof, ibu kepada 2 anak dan seorang wanita berani yang telah mengembara ke 54 buah negara dan kini lebih gemar travel dengan motorsikal secara solo.

Ikuti temubual kami bersama Anita di bawah.

anita-4

Travelling / backpacking taught me lots about humans & lives, happiness & misery, love, hate, adapting, understanding, tolerance, you name it. I love traveling because traveling changed me. The way I think, the way I valued my life and all around me, my perspective just about everything that EVERYTIME I CAME BACK, I CAME BACK A DIFFERENT PERSON, A MUCH BETTER PERSON.

S: Hi Anita. Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah travel Anita bersama kami di Vocket. Kami yakin pastinya kisah ini akan memberi inspirasi kepada ramai anak muda di luar sana. Boleh Anita kongsikan serba sedikit latar belakang Anita?

J: Saya di lahirkan di Batu Pahat, Johor, dan menerima pendidikan awal di SK Tengku Mariam. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di beberapa buah sekolah menengah yang berbeza.

Seterusnya saya melanjutkan pelajaran di Institut Perguruan Ilmu Khas, Universiti Pendidikan Sultan Idris (sarjana muda), Universiti Malaya (masters) dan kini sedang mengikuti pengajian peringkat PhD.

anita-31

Siapa sangka disebalik wanita berwajah lembut ini tersembunyi semangat kental yang mengagumkan.

Saya bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Saya ada ramai adik-beradik sebab ibubapa bercerai masa saya kecil dan kedua-duanya berkahwin semula. So, total adik-beradik adalah 9 orang. Tapi kalau adik-beradik saya sendiri, ada tiga orang saja dan saya anak bongsu.

anita-3

Adventure riding lebih memberi kepuasan kerana saya bebas menentukan jalan mana yang hendak saya lalui, jam berapa saya nak mula, jam berapa saya nak berhenti, di mana saya nak berhenti untuk fotografi, video shooting dan lain-lain. Dengan erti kata lain, its total freedom for me.

S: Bagaimana Anita boleh terlibat dalam mengembara dengan morosikal ini dan sudah berapa lama?

J: Sebenarnya sebelum ni saya adalah seorang backpacker tegar dan telah banyak juga menjelajah dunia dengan menggunakan pengangkutan awam seperti kapal terbang, kereta api dan bas.

Segalanya bermula apabila saya melihat gambar-gambar menarik dalam blog Zahariz Khuzaimah. Saya sangat terkesima dengan apa yang saya lihat lalu saya tanya kepada beliau bagaimana caranya untuk melawat tempat-tempat menarik tersebut.

anita-7

Hingga kini, telah 3 tahun saya terjebak dengan dunia adventure riding.

Beliau menyatakan bahawa tempat-tempat itu terletak di Kyrgyzstan, sebuah negara mundur yang sangat cantik namun masih sangat terhad pengangkutan awamnya. Saya perlu menguruskan transportation sendiri untuk melawat tempat-tempat ini.

Beliau menyarankan saya untuk menaiki motor memandangkan kos untuk menyewa 4WD (dengan pemandu) adalah mahal, dan saya tak mampu untuk mengayuh basikal sepertinya.

anita-14

With my sifu Hadi Hussein

Lanjutan dari itu, saya diperkenalkan dengan Hadi Hussein, seorang adventure rider yang menaiki kapcai dari KL – London. Selepas berbincang dengan Hadi, saya membuat keputusan untuk belajar menunggang motosikal dan meminta beliau untuk menjadi sifu saya.

Beliau telah mengajar saya seluk-beluk untuk menjadi seorang adventure rider.

anita-12

Untuk makluman, punca mengapa saya beranikan diri untuk mengembara sendirian suatu ketika dahulu (2002) adalah kerana saya sudah bosan menunggu. Menunggu kawan yang mahu menemani, tapi sampai sudah semuanya tak jadi. Ada yang nak follow, tapi duit tak ada / tak cukup. Kata nak travel, so menabunglah. Tapi pantang ada sales semua nak diborong.

Ada pula yang teringin nak travel tapi suami atau keluarga tak izinkan atau komitmen kerja atau tak punya masa. Ayat lazim yang saya dengar, “aku nak ikut kau, tapi…” seribu satu tapi.

Kalau nak tunggu orang, selamanyalah saya tidak akan ke mana-mana. Maka pada tahun 2002, saya buang segala ketakutan serta kerisauan, dan saya mula mengembara secara solo.

S: Dengarnya Anita pernah menerima Anugerah Malaysia Book of Records. Boleh kongsikan beberapa anugerah lain yang telah diterima setakat ini?

J: Iya betul. Malaysia Book of Records telah mengiktiraf ride yang saya lakukan di Asia Tengah dan menganugerahi saya dengan title ‘First Woman To Ride Solo Across Five Central Asian Countries On A Motorcycle.’

anita-35

This is the night that I will never forget in my whole life. To have the Prime Minister & the First Lady of Malaysia to celebrate our success in a glamourous event.

To be able to be here with great people with great skills, talents, uniqueness and minds. To share the table and dine with Datuk Shake and his wife.

To walk on the stage and hear the MC announced, “Anita Yusof, the nation salutes you….”

MBOR juga memberikan saya anugerah ‘Outstanding Achievement’ dalam satu majlis gilang-gemilang ‘Night of Achievers’ pada tahun 2014.

Anugerah lain yang pernah saya terima adalah dalam bidang akademik dan sukan, seperti anugerah Mahasiswi Cemerlang Akademik (UPSI) dan Jurulatih Terbaik yang dianugerahkan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dalam kursus kejurulatihan yang mereka anjurkan.

anita-13

Walau pun saya pernah pengsan dan terkena water poisoning, perjalanan tetap terpaksa diteruskan. Hanya pergantungan kepada Allah yang menguatkan semangat saya dan membolehkan saya bangkit bagi meneruskan perjalanan.

S: Ada pengalaman menakutkan atau ngeri yang pernah Anita lalui sepanjang travel dengan motor?

J: Banyaaakkkk…..

Sifu saya telah membawa saya untuk ‘training’ di Indochina. Pengalaman menunggang saya hanya berusia 43 hari pada ketika itu. Masa tu saya bawa motor pun tak betul lagi.

anita-11

Sudah tentu itu sudah cukup untuk menakutkan saya, lebih-lebih lagi ketika perlu memotong lori dan bas yang bersaiz besar, serta mengemudi motor saya di Mae Sot – Mae Hong Son – Pai (laluan Thousand Corners, Thailand) dan liku-liku curam serta tajam yang lebih menakutkan di pedalaman Laos.

Pernah suatu ketika di Laos, kami masih berada di atas gunung dengan di sebelah kiri jalan adalah hutan belantara manakala di sebelah kanan adalah gaung yang dalam.

Hari telah menginjak malam, namun kami masih belum sampai ke destinasi. Suasana yang gelap-gelita, hanya lampu motor saja yang menerangi jalan, ditambah dengan kepenatan yang ekstrem, serta ketidakcekapan menunggang, menyebabkan beberapa kali saya dan jentera hampir terjun ke dalam gaung.

Ada sekali tu, saya tak perasan terdapat bonggol (speed bum) di atas jambatan kayu yang sempit kerana suasana sangat gelap dan saya sudah sangat penat. Dalam kepala dah nampak bantal saja. Saya sudah hilang kawalan ke atas motor dan hampir terjun ke dalam sungai.

anita-8

Di suatu tempat yang lain pula, jambatan yang menghubungkan daratan telah terputus akibat banjir besar dan saya terpaksa menyeberang sungai itu di atas rakit buluh yang diampu oleh beberapa orang pemuda Laos.

Tuhan saja yang tau apa yang saya rasa ketika itu, lebih-lebih lagi apabila paras air sungai telah mencecah dada pemuda-pemuda ini. Terasa macam Camel Trophy Adventure pula. Mujurlah saya selamat sampai ke seberang.

anita-30

Saya juga pernah kehilangan wang ketika melakukan solo ride, dan yang tinggal dalam dompet saya ketika itu hanya local currency yang bernilai RM75, sedangkan saya berada beribu-ribu km dari tanah air.

Sewaktu melakukan solo ride di Asia Tengah pula, pengalaman menakutkan lebih banyak tertumpu kepada laluan offroad di kawasan pergunungan (khususnya Kyrgyzstan dan Tajikistan) dan halangan alam semulajadi.

Saya perlu mendaki dan menuruni cerun-cerun yang sangat curam yang adakalanya dipenuhi dengan batu-batu yang bersaiz sebesar kepala manusia.

Ada kalanya, glacier yang mencair atau salji runtuh menyebabkan jalan terputus (road washed away). Saya perlu menyeberangi wet crossings yang tidak terkira banyaknya tanpa bantuan sesiapa. Jalan itu terlalu sunyi.

anita-18

A history was created at 12pm, 5th June 2013. I am the 1st Malaysian to ride solo on a motorbike and successfully climbed up Ak-Baital Pass (4655m), Pamir Mountain, Tajikistan, the 2nd highest road in the world – the ‘Roof of the World’

Pernah satu ketika saya tidak menemukan walau seorang manusia pun selama 8 jam perjalanan.

Saya juga pernah hampir tergelincir apabila tidak dapat mengelak ice yang terdapat di atas jalan. Namun apalah daya kerana itulah main road untuk menuju ke destinasi saya.

So semuanya terpaksa saya tempuh dan harung, whether I like it or not.

anita-19

Saya turut diuji dengan tiupan angin yang sangat kencang (di Uzbekistan), ribut pasir (di Afghanistan) serta kabus yang sangat tebal (di pergunungan Yunnan, China) yang menyebabkan saya langsung tidak nampak ke mana arah dituju.

Ketika saya melakukan solo ride di Sumatera, hujan telah turun dengan lebatnya dan menyebabkan tanah runtuh. Peristiwa itu berlaku ketika saya betul-betul sedang melalui jalan tersebut. Hampir sahaja lumpur dari tanah runtuh yang dibawa oleh aliran air hujan menolak saya jatuh ke dalam gaung. Gosh! Thats really scary.

anita-9

Even lori pun tak berani nak lalu jalan tu, tapi saya selamba je. Manalah saya nak tau tanah nak runtuh time saya lalu situ. HAHAHA!

Walau pun sangat takut, saya bernasib baik kerana tidak panik. Bila saya telah melepasi kawasan tanah runtuh itu, saya nampak ada dua buah lori yang sedang parking di tepi jalan.

anita-10

Ketika melakukan solo wild camping di Kyrgyzstan dan Thailand, saya pernah tak dapat lena hingga ke pagi kerana salakan serigala dan diganggu oleh hantu (wujud ke)?

Sampaikan saya keluar dari khemah dan cabar ‘hantu’ itu untuk tunjuk rupa dia depan-depan. LOL!

Bila imbas balik kenangan tu hari ini, memang saya ketawa, tapi pada saat itu, perasaan saya tak dapat nak digambarkan.

anita-16

Sebenarnya, mengembara sendirian ini perlu sebab hanya dengan bersendirian di tempat yang totally asing bagi kita akan membuatkan kita keluar dari zon selesa, membuatkan kita muhasabah diri sendiri dalam erti kata yang sebenar-benarnya dan kita akan menyerahkan sepenuhnya untung nasib kita pada Allah Yang Maha Esa.

Lebih-lebih lagi ketika melakukan adventure ride yang mencabar seperti yang saya lakukan, saya tidak punya sesiapa melainkan Dia. Jika saya dalam kesusahan, hanya padaNya saya mohon agar dihantarkan bantuan.

Saya bergantung 100% kepada Allah SWT. Ini membuat saya terasa amat dekat denganNya, sehinggakan apabila saya solat, apabila saya sujud, saya terasa seolah-olah Dia berada betul-betul di hadapan saya.

Perasaan ini hanya akan hadir apabila saya mengembara sendirian, dan saya amat merindui perasaan ini. Sebab itu every two or three months, saya akan bermusafir sendirian, sebab sudah tidak tertahan dengan kerinduan untuk merasai perasaan itu.

anita-17

S: Ada kisah manis dan menyentuh hati yang tak dapat dilupakan sewaktu Anita keluar mengembara?

J: Kemesraan yang ditunjukkan oleh penduduk setempat khususnya di Asia Tengah sentiasa terpahat di hati. Misalnya saya diberi penginapan percuma, makan-minum percuma, malahan saya turut diberi wang oleh mereka.

anita-27

Ada sekali tu, saya terpaksa menumpang bermalam di rumah seorang local di kawasan pergunungan. Walaupun keluarga ni miskin dan rumahnya daif, tapi baik sangat hati mereka. Pertolongan yang diberikan adalah ikhlas dan tidak mengharapkan balasan.

anita-29

Theres one time while I was riding on an off road, I heard someone shouted at me. I couldnt see the person, but I stopped abruptly. Few seconds later, a tree fall off right in front of me. OMG!!! That was really close. Then only I saw the man behind some bushes.

Satu lagi kisah yang menyentuh perasaan adalah apabila saya tidak dibenarkan masuk ke makam Saidina Ali AS (PBUH) di Mazar e Shariff, Afghanistan. Saya datang sebegitu jauh dan menempuh perjalanan yang sebegitu sukar termasuk dilanda ribut pasir, semata-mata hendak menziarahi makam Khalifah yang terakhir ini, namun hasrat saya terbantut kerana saya tidak dibenarkan masuk oleh penjaga makam tersebut.

Beliau menyangkakan bahawa saya bukan orang Islam kerana saya tidak berpakaian bertutup-litup seperti wanita Afghan. Puas saya merayu namun tidak diendahkan.

anita-28

Malahan saya dihalau dan ditolak keluar. Mujur ada seorang pemuda tempatan yang boleh berbahasa Inggeris bertanya saya apa masalahnya, lalu menerangkan kepada pakcik tua itu bahawa saya adalah seorang Muslim. Barulah saya dibenarkan masuk.

Masa ni, air mata saya dah tak boleh nak tampung lagi. Berjurai-jurai air mata saya macam Niagara Falls terjun menuruni pipi.

anita-40

Saya tak setuju jika dikatakan banyak sumber kewangan akan melancarkan segala perancangan. Yes – if you are willing to pay a guide to show you around. Yes – if you are willing to pay someone to do the research for u.

But in my case, saya buat semuanya sendiri. Orang tak tahu berapa belas jam saya mengadap internet setiap hari selama 6 bulan, baca, baca dan baca untuk cari segala info sebelum Central Asia ride saya dulu.

Duit memang penting kalau kita nak mengembara, but its not everything in this world. Banyak faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan sesuatu kembara especially KNOWLEDGE.

Tell me, kalau you ada sumber kewangan yang banyak, tapi you atau kenderaan you menghadapi masalah ketika berada di atas gunung di mana langsung tak ada kelibat manusia pun, adakah wang yang banyak itu boleh membantu?

anita-23

Reunited again with my family.

S: Bagaimana penerimaan keluarga terhadap minat Anita ini?

J: Anak-anak sangat menyokong minat saya. Malahan mereka yang terlebih-lebih excited dengan solo ride yang akan saya lakukan tak lama lagi. Anak yang bungsu pula dah menampakkan ciri-ciri bahawa beliau boleh menjadi seorang adventure rider seperti saya.

anita-20

Plan for the best, prepare for the worst. If shit happens, just smile and find a way to fix it.

S: Ada pesanan yang ingin disampaikan kepada mereka yang berminat untuk lakukan solo travel seperti Anita?

J: Buang segala ketakutan. Kita tidak akan jadi bangsa yang berjaya jika kita takut untuk mencuba.

Sebelum bermula, do your homework. Jangan malas. Research itu perlu supaya kita boleh mentally prepared akan risiko atau kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku, dan kita telah bersedia dengan Plan A, B atau C seandainya things didn’t go our way.

anita-21

Saya ingin melihat dunia sepuas-puasnya dan sebanyak-banyaknya sebelum saya menutup mata.

Jaga mulut juga, kerana doa orang bermusafir itu makbul. Maka sentiasalah bercakap perkara yang baik-baik sahaja.

Prepare yourself with things which are necessary to your kind of travel, seperti menguasai perkataan-perkataan asas dalam bahasa asing, melengkapkan diri dengan ilmu navigasi, cari maklumat tentang the do’s and dont’s di negara-negara yang dilawati dan lain-lain. Bila kita dah prepare, selebihnya kita serahkan pada Allah.

TAWAKKAL. Kalau berlaku sesuatu, jangan mudah panik. Bertenang dan cari jalan keluar.

anita-38

Ada sesetengah Malaysian yang sangat skeptical when it comes to woman travelling alone. Banyak sungguh persepsi negatif. Saya cuma nak bagitahu, tolong positifkan minda sikit.

Setiap manusia berbeza. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya mungkin ada ‘bakat’ untuk mengembara solo, namun anda tidak.

Tapi anda pula berbakat dalam banyak benda lain yg saya tidak punyai keistimewaan itu. Kalau kita tak boleh buat, tak bermakna orang lain pun tak boleh buat.

Kalau tahap penakut kita adalah tinggi, tak bermakna orang lain pun serupa dengan kita. Kalau kita tak tahu cara, tidak bererti orang lain pun blurr macam kita.

Most solo female travellers pastinya telah mengenal pasti tempat-tempat yang mereka nak pergi. Surely before embarking, they already have some infos in hand regarding safety and the likes.

So instead of korang mengecam dan memprovoke macam-macam, konon nanti kena rape lah, kena rompak lah, bukankah lebih baik tolong mendoakan? Itu adalah lebih afdal.

anita-39b

Coretan kenangan silam

Sejak kecil, aku memang suka membaca. Setiap saat dan ketika, aku sentiasa mencari sesuatu untuk dibaca sehinggakan surat khabar pembungkus nasi lemak pun akan ku intai kalau-kalau ada cerita yg menarik.

Arwah abahku ada membeli beberapa set encyclopedia dan itu lah yang paling menghiburkan aku walau pun aku tak berapa faham sebab ianya ditulis dalam Bahasa Inggeris.

anita-32

Bila naik ke sekolah menengah, aku duduk di asrama. Setiap hari selepas habis sekolah, tanpa gagal, aku pasti akan bertapa dalam library. Itu lah tempat yang paling aku rasa tenang dan damai.

Seawal usia 14 tahun (year 1981) dan hanya bersumberkan bahan bacaan di library (internet belum wujud lagi time tu), aku telah tahu apa itu reincarnation, voodoo, klu klux clan, dan aku kenal siapa itu Uri Geller & Yuri Gagarin (yang kalau aku sebut, confirm kawan-kawan akan tanya, “siapa tu?”).

anita-33

Ketika rakan-rakan sebaya leka diulit romantika novel Mills & Boon (yang haram tak pernah aku baca sampai habis sebab I find it boring), aku pula lebih suka membaca karya-karya Charles Dickens & Agatha Christie.

Ketika rakan-rakan meriah berbicara tentang outing hujung minggu atau balik kampung, aku pula dibuai pesona akan misteri puak Inca & Mayan, Machu Pichu, Nazca Lines, Stonehenge, Bermuda Triangle, the Pyramids of Giza, the Guardians of Easter Island, dan banyak lagi. Dan aku telah pun memasang angan-angan untuk menjejaki setiap satunya.

Alhmdulillah, sesetengahnya aku dah sampai dan dah tengok dengan mata kepala aku sendiri, dan yang selebihnya, inshaallah akan ku jejaki juga.

anita-36

Ketika aku menulis coretan kenangan silam ini, aku berada di dalam bas menuju ke KL, dan dengn tidak semena-mena aku terkenang. Apakah yang lebih bermakna apabila kita dapat menghubungkaitkan garis dan lukisan kehidupan masa silam dengan takdir yang kita pilih ketika ini?

Maha suci Allah. Dialah sebaik-baik perancang.

Buku Kembara Solo Stans Asia Tengah

anita-37

Untuk pengetahuan Anita juga telah menulis buku bagi berkongsi pengalaman beliau sewaktu mengembara ke Negara Asia Tengah.

Menurut Anita buku yang bertajuk ‘Kembara Solo Stans Asia Tengah’ ini sesuai dijadikan bahan bacaan untuk seisi keluarga, bukan terhad kepada bikers atau traveller saja.

kembara-stans-asia-solo

Di dalamnya saya telah memperincikan tentang persiapan yang saya lakukan sebelum kembara (a good guide untuk mereka yang ingin nak mencuba overlanding), dan dairi harian sepanjang kembara turut didokumenkan.

Banyak yang tersurat dan tersirat di dalamnya seperti motivasi diri, penyerahan sepenuhnya kepada Allah SWT apabila ditimpa musibah, rasa cinta dan bersyukur dilahirkan sebagai anak Malaysia, dan banyak lagi.

Sewaktu menjenguk akaun Facebook Anita, terlihat satu komen dari salah seorang pembaca dan peminat buku ini.

anita-34

She like to ride motorcycle and I inspired her with story about Anita Yusof on her book title – Kembara Solo ‘Stans’ Asia Tengah. This is her bed time story. No Sleeping Beauty , No Cinderella , No Snow White and all the dongeng purba kala. Story about Anita Yusof is reality so that my princess grow up in a real story.

Buku yang dijual pada hargaRM57 (Semenanjung Malaysia) atau RM62 (Sabah/Sarawak), termasuk pos ini memiliki 404 muka surat ini berwarna sepenuhnya dan hampir setiap helaian ada gambar-gambar yang menarik yang telah dirakam dan dikongsikan oleh Anita.

Apa yang boleh dikatakan, ia satu harga yang sangat murah berbanding pengalaman yang sangat mahal yang telah dikongsikan oleh Anita.

anita-26

Terkini, Anita  sedang dalam persiapan untuk satu lagi solo ride berskala besar yang akan bermula pada pertengahan September 2015 ini.

Destinasinya akan diumumkan tidak lama lagi. Jika anda ingin mengikuti perkembangan terkini Anita atau berminat untuk mendapatkan buku pengembaraan Anita, boleh ikuti beliau di akaun Facebook Anita Yusof, atau Facebook Page Anita Yusof.

Anita juga banyak berkongsi kisah pengembaraan beliau di blog AnitaYusof

Kepada Anita, kami di Vocket mendoakan agar semua impian Anita tercapai. Teruskan memberi inspirasi Anita!

BACA: Travel Solo Ke 6 Negara Termasuk Afghanistan, Gadis Ini Pernah Disangka Pengintip Dan Anggota Isis

BACA juga: Road Trip Keliling Dunia, Gadis Malaysia Ini Berkongsi Kisah Tersekat Di Sudan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram