Rumah tumpangan Jepun atau dipanggil ryokan yang terletak di wilayah Ishikawa, Jepun ini telah dibuka sejak tahun 718 dan diurus oleh satu keluarga yang sama sejak turun-temurun. Houshi Ryokan telah memegang rekod Guinness sebagai hotel yang tertua di dunia sehingga tahun 2011.

Baru-baru ini, Fritz Schumann, seorang jurugambar dari Jerman telah merakamkan sebuah dokumentari pendek yang menyentuh hati kami tentang kisah di sebalik keluarga yang merupakan generasi ke-46 pewaris Houshi Ryokan ini.

Antara peraturan yang perlu dipatuhi dari satu generasi ke generasi yang memiliki ryokan ini ialah ia hanya boleh diwariskan kepada anak lelaki sulung sahaja.

Sumber: Vimeo Staff Picks

Like page The Vocket di Facebook