Ayah saya bijak orangnya. Saya jenis banyak bertanya soalan dan Ayah saya tidak jemu-jemu menjawab, kadang-kadang banyak juga jawapan yang di‘goreng’ khas untuk memuaskan hati anaknya. Bila Ayah terangkan sesuatu, saya kagum dan saya rasa Ayah saya smart orangnya.

Rupa-rupanya, saya bukan syok sendiri. Apabila kami pulang ke kampung, sedara mara ada yang bertanya pasal anak-anak dan Ayah dengan bangganya mengatakan, “Oh anak saya UPSR dapat 5A, lepas tu sekolah di MRSM.” And the list went on: PMR, SPM, tajaan MARA ke Australia dan sekarang, PhD.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Ayah continues (humble) bragging about me. And sometimes I feel embarrassed. Kemudian ada pakcik-pakcik membalas, “Memanglah anaknya pandai, ayahnya pun pandai jugak”. Rupanya ada cerita di sebalik humble-brag Ayah.

Saya rasa Ayah cuba untuk compensate his shortcomings and ill-fate, sama macam Mahavir Singh Phogat dalam Dangal. Bila saya korek-korek cerita daripada Ayah dan sedara-mara, Ayah dulu selalu berlumba dengan sepupunya untuk dapat tempat pertama dalam kelas. Memang Ayah terkenal sebagai budak pintar dalam kampung.

Kemudian atuk dan nenek ambil langkah besar untuk menyertai rancangan FELDA. Atuk adalah antara orang pertama yang ‘masuk FELDA’. Ayah pun ikut pindah dari kampung ke FELDA. Tanah rancangan FELDA lebih teratur, rumah peneroka berdekatan antara satu sama lain dan anak-anak peneroka ramai yang sebaya.

Ayah seronok dapat ramai kawan memanjat pokok, mandi sungai, mancing ikan dan main biji getah. Dalam masa sama pelajaran Ayah makin merosot. He lost focus in study and he followed the crowd instead of his gut feeling. Besar pengaruh peer pressure!

Antara penyesalan Ayah ialah terus berkerja selepas tamat sekolah. Ramai kawan-kawan Ayah yang lain terus bekerja dan masing-masing seronok dapat pegang duit dan berbelanja. Ayah pun terikut sama.

Padahal, Ayah sangat minat kemahiran bertukang dan sekiranya masa boleh diputar kembali, Ayah akan teruskan menuntut ilmu kemahiran di sekolah vokasional. It’s an investment which will pay off later.

Anyway, Ayah teruskan bekerja dan mencari rezeki untuk kami sekeluarga. At one point, work was super stressful. Tidur dan makan Ayah tak terjaga, Ayah selalu marah-marah dan selalu sakit. Kemudian, saya dapat tahu bahawa Ayah berhenti kerja waktu saya baru mula belajar di Australia.

“Medallists don’t grow on trees, you have to nature them with love, with hard work, with passion,” kata Mahavir.

Saya rasa Ayah lebih yakin dan berani untuk berhenti kerja selepas saya ditawarkan biasiswa MARA. Kalau dicongak-congak, banyak duit Ayah hangus untuk membiayai pelajaran kami adik-beradik, terutama saya. Now that I have my own study fund, Ayah dah tak terbeban dengan yuran pelajaran saya. Terima kasih MARA!

Walaupun saya dan kawan-kawan ‘sesak’ terutamanya apabila kami perlu bayar sewa untuk 5 minggu dalam sebulan (elaun cuma untuk 4 minggu), saya sangat segan untuk minta duit daripada Ayah.

I made a vow to myself to not ask Ayah for any more money when I got scholarship. Saya berjimat simpan duit untuk beli tiket flight waktu cuti semester. Tapi apabila saya pulang bercuti, duit jajan Ayah yang bayar.

I’m not a medallist, but I carry Ayah’s spirit and his name in me.

Waktu di Australia, baru saya perasan yang orang putih gunakan sistem nama keluarga. Kita di Malaysia berbin atau berbinti bapa. Dalam borang, saya tulis Abdul Bahar sebagai family name, walaupun sebenarnya Abdul Bahar ialah nama Ayah, bukan nama keluarga.

Mengikut sistem ini, banyak urusan formal menggunakan nama Ayah. Contohnya, orang Australia akan tulis “Dear Miss Abdul Bahar” dalam bil dan surat. Disebabkan itu, saya mendapat ilham untuk teruskan legasi Ayah dan harumkan nama Ayah.

Burton & Garran Hall Distinguished Scholars

Saya gunakan peluang belajar di Australia sepenuhnya dan saya berjaya mendapat first class Honours. Selain saya, ramai juga pelajar Malaysia yang terpilih sebagai Distinguished Scholars.

Kemudian saya sambung belajar PhD. Setelah tiga tahun berhempas-pulas, our research paper was published in an international journal. Alhamdulillah!

Ada masanya saya sangat penat dan hampir berputus asa sewaktu buat pembetulan untuk paper ini, tapi saya teruskan juga. Saya nekad mahu publish paper sebab mahu lakar nama saya dan nama Ayah dalam dunia akademik dan sains. Sekarang, apabila ada saintis lain mahu rujuk pada paper saya, mereka akan gunakan nama Ayah.

Kalaulah saya seorang usahawan kaya-raya, mungkin saya akan beli bangunan dan namakan bangunan tu sempena nama Ayah ataupun menang pingat emas di sukan olimpik seperti Geeta dan Babita.

Ayah, this is for you!!! Bahar et al.

Sebagai saintis, inilah yang saya termampu. Saya mahu nama Ayah terkenal di dunia sains. Insya-Allah saya akan teruskan legasi Ayah dan publish lebih banyak papers (Bahar et al.) with high-quality research.

Saya doakan Ayah sihat, ceria dan panjang umur. Saya mahu anak-anak saya nanti rapat dengan Ayah dan warisi semangat Ayah and his wisdom. Ayah belum lagi ada rezeki menimang cucu, tapi Ayah dah siap bina kandang kambing dan bela kambing untuk aqiqah cucu. Soon Ayah, soon!

Ps: Saya baru tahu yang saya sebenarnya tak layak masuk MRSM selepas UPSR. Rupa-rupanya Ayah berulang-alik ke Kuala Lumpur, naik turun pejabat MARA untuk buat rayuan supaya MARA luluskan permohonan MRSM saya.