Ketika kebanyakkan orang duduk di meja makan menunggu waktu masuk berbuka puasa, ada ramai lagi yang masih bekerja tidak sempat untuk makan berbuka.
Baru-baru ini seorang penghantar barangan mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila ada sebuah ahli keluarga mengajaknya berbuka sekali bersama mereka.
Baca Juga:
- Singgah Berbuka Puasa Dan Solat Tarawih: Senarai Masjid Mudah Akses Dari MRT & LRT
- Akmal Old Money Sapu 40 Slot, Sedekah Infak Berbuka RM20,000
- Netizen Bidas Tindakan Segelintir Individu Parkir Kenderaan Atas Lebuh Raya Untuk Berbuka Puasa
Menerusi hantaran video TikTok @dayahdimana2, rider tersebut duduk meja sekali dengan ahli keluarganya.
@dayahdimana2 KESIAN ABANG JnT 🥹#dayahdimana2 #nulldimana2 #muar #ramadan2025
Mereka menghidangkan lauk ayam masak lemak, sayur campur dan kuah sardin.
Ramai yang berasa terharu melihat situasi berkenaan. Pada masa warganet memuji ahli keluarga tersebut kerana sudi mengajak rider tersebut untuk berbuka bersama-sama.
“Alhamdulillah, masih banyak orang baik dan empati tinggi dekat Malaysia ini. Semoga awak sekeluarga dilimpahkan dengan rezeki yang baik-baik,” – TikTok @bungaoktober2050
“Beri orang makan masa berbuka/beri makan, besar pahalanya. Smoga Allah S.W.T permurahkan rezeki mereka sekeluarga,” – TikTok @bubududufans
“Suami saya rider juga. Kalau balik mesti akan ada makanan pelanggan bagi,” – TikTok @ceksuu2
“Terima kasih kak. Dulu saya pun macam ini hantar makanan dekat student tapi dia offer ajak makan sekali dan saya pun makan sekali. Terima kasih kepada pelajar UITM Merbok,” – TikTok @nynaroses_