Sebuah berita yang mengejutkan dalam industri politik negara khususnya buat parti UMNO apabila Bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin dipecat keahliannya dari UMNO malam tadi.
Difahamkan keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Baca Juga:
- Khairy Tak Terkejut Jika Dipecat Dari UMNO, Dakwa Majlis Tertinggi Buat Keputusan Tidak Adil
- Keputusan PRU15: ‘Saya Telah Berusaha Sehabis Baik’ – Khairy Kecundang Di Sungai Buloh
Tidak hanya Khairy Jamaluddin yang menerima dipecat, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar dimaklumkan turut menerima nasib yang sama.

Difahamkan pemecatan Tan Sri Noh Omar ini dibuat selepas beliau mencabar keputusan MKT di mana beliau rela dipecat daripada digantung selama 6 tahun yang sekaligus menyukarkan beliau membawa agenda agama, bangsa dan tanah air.
Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan digantung keahliannya selama 6 tahun.
Pemecatan Khairy Jamaluddin sebagai ahli UMNO telah mengejutkan pelbagai pihak termasuk mereka yang bukan ahli UMNO melihatkan kepada rekod beliau sebagai menteri yang memegang pelbagai portfolio sebelum ini. Beliau juga dilihat tampil dengan tweet ringkas yang mengesahkan pemecatan daripada parti yang beliau sayangi.
Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken.
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) January 27, 2023
Sementara itu, ramai yang turut menantikan langkah seterusnya yang bakal dibuat Khairy Jamaluddin. Parti PAS sebelum ini turut ‘membuka pintu’ buat Khairy Jamaluddin sekiranya beliau meninggalkan UMNO untuk menyertai parti yang memfokuskan kepada agama tersebut.
Walau bagaimanapun, Khairy Jamaluddin memaklumkan beliau hargai perlawaan yang dibuat pihak PAS dan PN namun tidak berminat untuk menyertainya.
Mengulas mengenai keberangkalian Khairy Jamaluddin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memaklumkan isu tersebut masih belum dibincangkan setakat ini.