Bagi peniaga, meninggalkan peralatan dan perkakas di tapak bazar memudahkan urusan mereka.
Namun, muncul satu penemuan baru yang mengejutkan ramai apabila salah sebuah gerai di Bazar Ramadan Stadium Cheras di Sri Permaisuri, Kuala Lumpur yang mana gagal mengendalikan penyimpanan bahan jualan dengan baik.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, barangan jualan seperti sosej, bebola ayam dan ikan hanya di letakkan di dalam bakul rotan.
Selain itu, peniaga tersebut menggunakan plastik kanvas, yang biasanya digunakan sebagai bumbung khemah, untuk menutup bahan jualan mereka.
Untuk mengelakkan plastik kanvas itu daripada diterbangkan angin, kerusi plastik diletakkan di atasnya sebagai pemberat.
Kita pun sedia maklum bahan mentah mahupun makanan yang terdedah tanpa pengawasan boleh dicemari dengan kuman di persekitarannya sekaligus menjejaskan kualiti dengan drastik.
@itik289674 Tak boleh sangka baik sebab dari minggu lepas buat macam ni. #cheras #bazarramadan
Tambah pengguna akaun itu lagi, perkara ini seperti sudah disengajakan dan menjadi rutin kerana peniaga terbabit dipercayai mengamalkan cara penyimpan sedemikian sejak minggu lalu lagi.
“Tak boleh sangka baik sebab dari minggu lepas buat macam ni,” katanya.
Video berdurasi 31 saat yang tersebar luas itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, sehingga mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kemas kini terbaharu, difahamkan pihak KKM sudah membuat serbuan di lokasi terbabit kira-kira pukul 12 tengah hari, semalam.
Perkara ini dimaklumkan oleh salah seorang pengguna TikTok yang mengikuti perkembangan isu berkenaan.
“Aku nampak KKM dah buat pemeriksaan dekat tapak bazar ni. Aku duduk area sini, mantap… laju KKM buat kerja.

Seiring dengan itu, pengguna TikTok selaku saksi kejadian tersebut turut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan van milik agensi berkenaan berada di lokasi kejadian.