Pasukan KL City bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga dimana mereka berdepan dengan tunggakan pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM700,000.
Menurut laporan Harian Metro, perkara ini didedahkan oleh Pengarah Kuala Lumpur United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar dimana beliau turut mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard tidak pernah memaklumkan masalah terbabit dalam mesyuarat exco.
Baca Juga:
- DBKL Tiada Obligasi Untuk Salur Dana Kepada KLFA, KL City
- Liga Super: Isu Tunggakan Gaji Tak Halang KL City Tewaskan Selangor
- Khalid Samad: Permainan Politik Sebabkan KL City Kucar-Kacir
“Saya sahkan sememangnya ada tunggakan itu (KWSP) dan kebetulan pergi ke KWSP pagi tadi seterusnya pegawainya memaklumkan KL City tidak bayar caruman sejak Februari tahun lalu,” katanya.
Sebelum ini, Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad mendedahkan masalah yang dialami skuad ibu kota ketika ini berpuca dari permainan politik sesetengah pihak.
“Kita telah minta wang dari penaja utama kita iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum saingan musim ini bermula. Akan tetapi saya mendapat maklumat bahawa wang tidak akan diserahkan selagi saya bergelar presiden KLFA.
“Maka dengan itu, pada bulan Mac saya telah letak jawatan sebagai presiden. Langkah ini saya ambil kerana nak pastikan duit masuk, gaji pemain dibayar dan lesen kelab tidak ditarik balik.
“Kemudian surat sokongan penuh dari DBKL dikeluarkan dan selepas itu duit sebanyak RM3 Juta dimasukkan untuk selesaikan gaji musim lepas. Bukan gaji untuk tahun ini.
“Hingga saat ini, kelab belum dapat walaupun satu sen dari mereka. Saya dimaklumkan bahawa ada individu yang mahu menjadi presiden, tidak mendapat jawatan itu.
“Dan selagi mana Encik X ini tidak menjadi presiden, satu sen pun tidak akan diberikan kepada kelab. Atas sebab kepentingan politik, maka suasana dalam KL City menjadi semakin muram,” kata Khalid Samad.