Ketika ini anak-anak masih lagi belum memulakan sesi persekolahan. Apa kata anda bawa anak-anak anda berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur naik Hop-On Hop-Off?
Terbaharu, Hop-On Hop-Off telah tawarkan tiket percuma untu warganegara Malaysia. Untuk pengetahuan anda, anda boleh dapatkan tiket percuma ini sehingga 30 Jun 2020.
Anda boleh dapatkan tiket percuma ini di laman sesawang Hop-On Hop-Off dan selepas itu naik di perhentian bas Hop-On Hop-Off di Bukit Bintang. Akan tetapi, tempat duduk adalah terhad dan anda perlu dapatkan segera.
Untuk pengetahuan anda, anda bukan sahaja akan berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur tetapi anda akan ditemani oleh pemandu pelancong yang akan menerangkan sejarah dan keunikan tempat yang dituju.
Pastinya ini peluang yang baik untuk anda bawa anak-anak anda untuk pelajari sejarah negara kita. Tunggu apa lagi? Dapatkan tiket percuma anda sekarang!
Sementara itu, kami kongsikan juga beberapa tempat yang anda boleh pergi hujung minggu ini. Klik sahaja pautan di bawah ini.
5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota
The Maxwell Bus, Penginapan Unik Dikelilingi ‘Nature’ Di Perak Khas Buat Anda Yang Cari Ketenangan