Penajaan syarikat pengeluar kenderaan mewah, BMW menyaksikan bintang baharu Real Madrid, Kylian Mbappe perlu memilih kereta jenama tersebut terutamanya untuk dibawa ke pusat latihan.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian penajaan tersebut, Real dan BMW akan ‘bekerjasama dalam inisiatif di bidang mobiliti masa depan, kelestarian, dan kepelbagaian’.

Baca Juga:

Dalam pada itu, Sebahagian daripada perjanjian ini juga menyaksikan pemain dan jurulatih pasukan bola sepak lelaki dan wanita serta skuad bola keranjang kelab menerima kereta BMW sebagai hadiah daripada pihak penaja.

Susulan dengan itu, mereka akan dapat memilih daripada model elektrik sepenuhnya dalam katalog BMW.

Kenderaan mesra alam yang digunakan oleh pasukan itu diklasifikasikan sebagai ‘0 emissions’ (kesan pelepasan plumbum terhadap kesihatan) bagi membolehkan mereka menjalani perjalanan harian dalam mod elektrik sepenuhnya.

Setiap pemain skuad utama, bersama-sama dengan pengurus pasukan, Carlo Ancelotti telah mengambil kenderaan elektrik mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menjadikan perjalanan mereka ke latihan lebih mesra alam.

Menurut sumber laporan Sport Bible, Kylian Mbappe telah memilih BMW i7 M70 dimana Presiden Real Madrid, Florentino Perez juga turut memiliki model yang sama.

Presiden eksekutif BMW Sepanyol dan Portugal, Manuel Terroba, berkata: “Real Madrid bukan sahaja mewakili institusi sukan terkemuka di dunia, tetapi juga sebuah organisasi yang sentiasa berkembang, berusaha mencapai kecemerlangan dalam aktivitinya berdasarkan permintaan, bakat, kualiti, dan kepimpinan.

“Ia juga mempunyai komitmen yang teguh terhadap kelestarian, solidariti, kepelbagaian, dan semangat kemenangan. Ini menjadikan kelab tersebut rakan kongsi yang sempurna untuk menangani cabaran semasa dan masa depan.”

Sumber