Setiap kali Earth Day, Starbucks dan jenama beg terkemuka Herschel Supply bekerjasama dalam projek khas untuk menghasilkan satu koleksi produk yang diperbuat daripada bahan kitar semula.
Kali ini, Starbucks dan Herschel Supply hadir dengan koleksi produk yang diinspirasikan dengan berkongsi rasa sayang melalui kopi, orang dan juga planet. Menariknya, koleksi edisi terhad ini diperbuat daripada kopi yang dikitar semula dan hadir dengan 5 beg, 4 bekas minuman dan 1 bekas makanan.










Pastinya koleksi kali ini lebih ‘fresh’ dan anda tidak mahu terlepas mendapatkan ia. Untuk pengetahuan anda, koleksi ini akan dijual bermula pada harga RM98 dan ke atas di cawangan Starbucks Merchandise terpilih sahaja mulai hari ini. Tunggu apa lagi?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Starbucks pada pautan di bawah ini.
Koleksi Edisi Terhad Starbucks x Herschel Supply Kini Boleh Didapati Di Malaysia
Netizen Simpati Gadis Ini Bayar RM34 Untuk Air Starbucks Pertama Beliau Kerana ‘Add On’