Jenama sandal yang terkenal Malaysia, Fipper berbesar hati mengumumkan kerjasama strategik terbaru di antara Fipper dan Soloz, pemain e-sukan terkemuka negara untuk melancarkan sandal eksklusif pertama dalam industri e-sukan Malaysia.

Koleksi Fipper x Soloz ini direka khas untuk peminat setia Fipper dan pengikut Soloz. Fipper menyatakan penglibatan penuh dalam menyokong perkembangan e-sukan dan berharap kerjasama terbaru ini dapat membantu mempromosikan sukan itu dalam kalangan masyarakat dengan lebih meluas.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Pelancaran usahasama ini dirasmikan oleh Yang berhormat Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan Malaysia di mana beliau berharap industri e-sukan dapat menarik lebih banyak perhatian daripada pihak media dan pemain industri di Malaysia. Beliau percaya bahawa belia di Malaysia mempunyai kebolehan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Menggabungkan warna yang unik dengan reka bentuk yang menarik, setiap model menerima sentuhan peribadi daripada Soloz dari segi pemilihan warna. Malah koleksi ini turut hadir dengan lambang ikonik ‘Soloz’ yang diabadikan dalam bentuk butang di bahagian kiri dan kanan sandal.

Koleksi ini didatangkan bersama drawstring bag dan Thank You Card sebagai tanda penghargaan Soloz kepada penyokongnya. Tagline koleksi My masterpiece is not only for gamers but everyone memberi gambaran jelas bahawa koleksi ini bukan hanya untuk pemain & pengemar industri e-sukan akan tetapi, meliputi setiap lapisan masyarakat.

Fipper x Soloz dengan 3 pilihan warna; Putih, Hitam dan Biru

Sandal eksklusif Fipper x Soloz sudah mula dijual sejak 1 April 2023 di butik-butik Fipper terpilih dan laman web www.fipperslipper.com.my. Terdapat 3 warna ditawarkan dan warna White/Blue Marine/Red Debian merupakan warna online exclusive yang hanya boleh dibeli secara dalam talian sahaja.

Berdasarkan pemerhatian kami, sandal berwarna Black/Green Persian sudah ‘sold out‘ di Shopee dan Web manakala warna-warna lain juga sudah semakin surut jumlahnya. Rata-rata yang sudah membeli sangat berpuas hati dengan keselesaan sandal ini. Ada juga pengikut Soloz yang membeli sandal ini semata-mata untuk dijadikan koleksi peribadi dan tidak mahu memakainya.

Terdapat ‘padding’ tambahan di bahagian strap untuk keselesaan pemakai
Aksesori yang anda akan dapat bersama dengan setiap pembelian (sampul duit raya bergantung kepada stok dan lanyard pula untuk pembelian 400 terawal di website rasmi Fipper)

Melihat pada kualiti sandal dan aksesori lain yang anda akan dapat apabila membeli model ini, koleksi ini memang berbaloi dengan harganya.

Andai anda berminat untuk membeli koleksi edisi khas ini, anda boleh terus terjah butik Fipper berdekatan anda dan berharap saiz anda masih ada untuk sarung sandal ini semasa hari raya nanti.

*Kotak Fipper x Soloz tidak hadir dengan setiap pembelian. Hanya untuk tujuan promosi sahaja*