Sebelum ini kami pernah melaporkan jenama pakaian streetwear tempatan Stoned & Co. akan berkolaborasi bersama ASUS Republic Of Gamers dalam menghasilkan koleksi pakaian mereka yang tersendiri.

Dan kini selepas beberapa bulan menanti, peminat jenama streetwear tempatan itu dan pengikut setia ASUS ROG sudah boleh mula mendapatkan koleksi terbaru itu mulai bulan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
DSC05975
STONED & CO. X ASUS REPUBLIC OF GAMERS SPECIAL CAPSULE COLLECTION, FOTO: THE VOCKET
DSC05926
STONED & CO. X ASUS REPUBLIC OF GAMERS SPECIAL CAPSULE
COLLECTION, FOTO: THE VOCKET

Diinspirasikan daripada gaya masa hadapan AniMe Matrix yang hadir dengan rekaan dot Matrix, koleksi terbaru ini menampilkan baju T dengan 3 rekaan berbeza, bomber jacket, hoodie dan juga headband dengan dua warna berbeza- hitam dan merah.

Tidak mahu ketinggalan, kami di The Vocket baru-baru ini menjadi antara yang terawal untuk mendapatkan dan mencuba salah satu pakaian yang ditawarkan dalam koleksi kali ini iaitu STONED X ROG ZEPHYRUS BOMBER JACKET BLACK. 

Sesuai dipakai sama ada lelaki dan perempuan, bomber jacket ini bukan sahaja menampilkan kekemasan dan ciri-ciri futuristik malah sangat selesa untuk digayakan.

DSC06012
Bahagian belakang dihiasi tulisan Republic of Gamers x STONED
DSC05992
Bahagian lengan yang dilengkapi dengan motif ROG dan Stoned&Co

Dilengkapi dengan kedua-dua motif futuristik Stoned & Co dan lambang ikonik ROG di bahagian lengan, bomber jacket ini turut memuatkan tulisan dan logo kedua-duanya di bahagian hadapan dan belakang jaket.

Dengan tulisan penuh Republic of Gamers X STONED di bahagian belakang jaket, logo kedua-duanya pula menghiasi bahagian hadapan jaket tersebut yang memberikan feel kepada pemakai sebagai wakil pasukan e-Sports ternama dunia.

DSC06009
Bahagian Hadapan yang memuatkan logo kedua-dua jenama di paras dada.

Tetapi jangan tersilap, walaupun ianya bertemakan e-Sports dan gaming, namun ianya masih mengekalkan ciri premium dan bergaya untuk peminat streetwear di luar sana.

Malah, pengasas Stoned & Co, Andrew Ngo sendiri menjelaskan ianya direka untuk keselesaan komuniti gamers di luar sana dan pada masa berbaloi untuk budaya streetwear.

Jadi kepada anda yang ternanti-nanti ketibaan koleksi antara dua jenama paling berpengaruh dalam streetwear dan gaming ini anda sudah pun boleh mendapatkannya melalui laman sesawang www.stonedandco.com dan kedai-kedai flagship mereka di SS15 Subang Jaya, Mid Valley dan di Lot 10 KL.

Dengan harga bermula serendah RM119 sehingga RM335 sahaja, koleksi terbaru daripada ASUS ROG dan Stoned & Co ini perlu menjadi koleksi wajib beli untuk peminat streetwear dan juga komuniti gaming di luar sana.

Selain koleksi streetwear bersama Stoned & Co., ROG baru-baru ini juga memperkenalkan ROG Zephyrus G14 edisi khas yang direka bersama ACRONYM. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

ACRONYM x ASUS ROG ZEPHYRUS G14 Dibuka Untuk Tempahan Pada Harga RM11,299

ASUS ROG Phone 3, Telefon Pintar Serba Lengkap Buat Para ‘Gamer’

ASUS Perkenalkan VivoBook 14 A413, Komputer Riba Kompak Pada Harga RM2,899