Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad memberikan komen beliau mengenai prestasi yang ditampilkan oleh pengadil iaitu Razlan Jofri Ali.
Sri Pahang tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia 2024/2025 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan keputusan 2-1.
Baca Juga:
- Fandi Ahmad Masih Mencari ‘Finisher’ Sebelum Aksi Final Menentang JDT
- Triple Treble Antara 5 Perkara Daripada JDT vs Pahang
- Harimau Selatan Mengaum Lagi, JDT Juara Piala Malaysia 2025
Razlan Jofri dianggap menampilkan prestasi yang buruk dalam aksi tersebut dimana beberapa keputusan yang dibuat menimbulkan persoalan.
Fandi Ahmad Enggan Ulas Panjang
Ketika sidang media selepas perlawanan, Fandi enggan mengulas panjang mengenai prestasi Razlan dalam perlawanan semalam.

“Saya tak pasti, awak boleh tengok sendiri perlawanan tadi. Saya tak perlu jawap mengenai itu (prestasi Razlan),” kata Fandi Ahmad.
Razlan Jofri malayangkan dua kad merah dalam perlawanan tersebut, satu kepada Sergio Aguero dan satu kepada Park Jun-heong.
Dalam masa yang sama, pengendali kelahiran Singapura berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh anak buahnya.

“Mereka bersemangat beri 200 peratus walaupun kami ketinggalan tetapi pemain tetap berusaha untuk mencari jaringan.
“Saya minta mereka fokus walaupun Kita bermain 10 pemain selepas Sergio Aguero dibuang padang,” tambahnya.
Sri Pahang terlebih dahulu mengejutkan Harimau Selatan menerusi jaringan T. Saravanan pada minit ke-14 sebelum JDT bangkit menerusi gol penalti Bergson da Silva dan jaringan kemenangan Arif Aiman Hanapi.