Cecelia Yap mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam kerana komen persenda Nabi Muhammad SAW.
Cecelia sebelum ini mebuat komen yang mengguris hati rakyat Malaysia beragama Islam dengan komen mengaitkan nama Nabi Muhammad dengan ‘Ham’.
Dia membuat hinaan itu di ruangan komen hantaran Facebook Harith Iskander yang membuag lawak tentang Ham Sap Kopi.
Harith yang sinis menyatakan bahawa dia sekarang ini keliru dengan perkataan ‘ham’ pada kopi itu dan dia sudah kehilangan akal logik untuk menilai sama ada kopi itu halal atau haram.
Cecelia Yap persenda Nabi Muhammad
Cecelia Yap kemudian tampil memberikan komen dan menggesa agar kesemua mereka yang bernama Mohammad agar menukar nama mereka, kerana ada ‘ham’ di dalam nama tersebut.
Komen yang membuatkan ramai mahukan tindakan tegas dikenakan ke atas Cecelia Yap kerana persenda nama Nabi Muhammad.
Polis kemudian menerima 16 laporan polis berkaitan dengan isu tersebut, terutama sekali ke atas Harith Iskander dan Cecelia Yap.
Ini termasuk laporan polis yang dibuat oleh Shahrol Shiro yang terkilan dengan Harith Iskander yang membuka pintu kepada orang seperti Cecelia untu mempersenda agama Islam.
Demi Agama, Shahrol Shiro Buat Laporan Polis Ke Atas Harith Iskander & Wanita Biadap Ini
Dipetik dari laporan Astro Awani, Cecelia akui dia menyesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan itu di masa akan datang.
Cecelia juga memberikan jaminan dia akan memberikan kerjasama penuh kepada polis.
“Dengan rasa rendah diri saya ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tersinggung dengan insiden ini,” tegas Cecelia.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan siasatan ke atas Harith dan Cecelia Yap dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.