Tiga anggota polis berusia antara 26 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan komponen motosikal jenis Yamaha RXZ di stor barangan kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, Selasa lalu, lapor Harian Metro.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, kesemua anggota ditahan selepas mendapati berlaku kehilangan komponen enjin motosikal di stor simpanan terbabit.
Baca Juga:
- ‘Tiada Kena Mengena Dengan Politik Atau Arahan Atasan’- Polis Nafi Sabotaj Himpunan RXZ Members
- Sanggup Redah ‘Divider’ Lebuh Raya, Tindakan Peserta RXZ Members Elak Roadblock Jadi Perhatian Netizen
- Tawarkan Makanan Dan Penginapan Percuma Kepada Geng RXZ Terkandas, Keprihatinan Warga Terengganu Dipuji Ramai
“Pihak kami kemudiannya menjalankan siasatan sebelum menahan semua suspek untuk siasatan lanjut.
“Siasatan mendapati kesemua suspek memiliki motosikal jenis sama dan peminat tegar RXZ.
“Reman ke atas semua suspek berakhir pada hari ini dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan,” katanya.