Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengisytiharkan kemenangan ke atas COVID-19, manakala kakaknya, Kim Yo-jong dalam satu ucapan mendakwa bahawa Kim sendiri mengalami demam dan menyalahkan Korea Selatan di atas wabak itu sambil berikrar akan membalas dendam.

Agensi Berita Pusat Korea Utara berkata Kim telah mengarahkan langkah-langkah pencegahan dilonggarkan hanya tiga bulan selepas negara itu diserang wabak. Korea Utara menganggap ini adalah sebuah kejayaan dan keajaiban kesihatan global.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Bercakap di hadapan umum buat pertama kali, Kim Yo-jong berkata Kim pernah sakit sehingga demam namun masih berjaya memimpin negara. Dia turut menyalahkan Korea Selatan kerana menjadi penyebab wabak COVID-19 merebak ke negara mereka sambil menuduh risalah yang diterbangkan dari seberang adalah puncanya.

Kenyataan Korea Utara mengenai wabak sering kali diragui masyarakat dunia dan dianggap bertujuan untuk membantu Kim mengekalkan kawalan penuh ke atas negara itu. Sesetengah pakar percaya kenyataan kemenangan ini juga sebenarnya menandakan niat Kim untuk beralih kepada keutamaan lain.

Kementerian Penyatuan Korea Selatan, yang mengendalikan hal ehwal antara Korea, mengeluarkan kenyataan yang menyatakan kekesalan mendalam terhadap “komen yang sangat tidak menghormati dan mengancam” dari Korea Utara yang berakarkan “dakwaan tidak masuk akal” mengenai sumber jangkitan.

Sebelum ini, Korea Utara menuduh bahawa wabak COVID-19 bermula di negara itu selepas beberapa rakyat Korea Utara menyentuh objek yang dibawa oleh belon yang diterbangkan dari Korea Selatan.

Hubungan Malaysia dan Korea Utara, kuasa diplomasi yang ramai belum faham. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Hubungan Malaysia Dan Korea Utara, Kuasa Diplomasi Yang Ramai Belum Faham

Kisah Agensi Risikan Khas Korea Utara Yang Ditugaskan Untuk Membunuh Pembelot

Mampukah Korea Utara Hantar Peluru Berpandu Ke Malaysia? Ini Jawapannya