Kerajaan Korea Utara tayang EPL untuk rakyatnya. Korea Utara dilaporkan telah membeli hak penyiaran bagi Liga Perdana Inggeris (EPL), namun siaran perlawanan akan tertakluk kepada kawalan ketat dan pelbagai sekatan (censorship) sesuai dengan dasar kerajaan mereka.
Berita Korea Utara tayang EPL musim 2024/25 ini menarik perhatian dunia. Kerana mereka baru sahaja memulakan tayangan selepas separuh musim sudah berlangsung.
EPL percuma untuk rakyat
Siaran tersebut ditayangkan secara percuma oleh kerajaan. Sama seperti mana siaran bola sepak terhad yang ditayangkan sebelum ini termasuk beberapa aksi UCL, dan juga aksi antarabangsa termasuk Kelayakan Piala Dunia dan Piala Dunia.
Langkah ini dikatakan sebagai bukti oleh kerajaan Korea Utara yang semakin mengamalkan dasar lebih terbuka kepada unsur asing di dalam negara mereka.
Korea Utara tayang EPL
Dilaporkan bahawa Korea Utara tayang EPL bermula pertengahan Januari lalu.
Menurut laporan, tiada satu pun perlawanan akan disiarkan secara langsung. Sebaliknya, semua rakaman perlawanan akan melalui proses penapisan editorial sebelum dibenarkan untuk tontonan umum.
Lebih menghairankan, setiap perlawanan akan dipendekkan kepada hanya 60 minit, ini kerana kerajaan tidak mahu rakyatnya terlalu leka menonton bola sepak sehingga meluangkan masa kira kira 2 jam hanya untuk bola sepak.

Tidak dapat dipastikan sama ada aksi 60 minit yang ditayangkan itu adalah aksi 60 minit terakhir, atau aksi yang sudah dipotong untuk 30 minit separuh masa pertama dan 30 minit separuh masa kedua.
Selain itu, semua teks berbahasa Inggeris di stadium akan digantikan dengan grafik dari Korea Utara, selaras dengan dasar penapisan negara itu.
Sebelum ini aksi Piala Dunia ditayangkan dengan papan iklan digital dikaburkan. Kerana tidak mahu rakyatnya terdedah dengan produk luar negara terutama sekali dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Bagi pasukan EPL yang ada pemain Korea Selatan seperti Tottenham, Wolverhampton dan Brentford, kesemua aksi tidak akan disiarkan sama sekali.
Hal ini kerana pasukan-pasukan ini menampilkan pemain Korea Selatan iaitu Son Heung-min, Hwang Hee-chan dan Kim Ji-sung. Korea Utara tidak mahu ada di kalangan rakyatnya yang memuja bintang bintang Korea Selatan ini.
🇰🇵 North Korean leader Kim Jong-un has agreed to broadcast Premier League matches in his country, but under strict conditions:
1️⃣ Matches will not be broadcast live and will be re-edited before airing.
2️⃣ Each match will be shortened to 60 minutes instead of the full 90… pic.twitter.com/6upaYPH0Gw
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) April 18, 2025
Kim Jong Un campur tangan pilih aksi EPL untuk ditayangkan
Kerajaan atau Kim Jong Un juga akan menentukan aksi pasukan mana yang akan ditayangkan. Jadi, faktor politik juga memainkan peranan dalam pemilihan siaran bola sepak EPL di negara tersebut.
Kim Jong Un adalah peminat tegar Man United. Oleh sebab itu pasukan itu akan menjadi pasukan yang lebih kerap ditayangkan di Korea Utara berbanding yang lain.
Misalnya aksi Man United dan Crystal Palace sebelum ini ditayangkan di TV Korea Utara walaupun ianya dianggap bukan perlawanan tumpuan.
Sebenarnya EPL antara aksi yang digemari di Korea Utara. Dan sejak berberapa tahun lalu ada beberapa aksi EPL terpilih ditayangkan di TV atas ehsan kerajaan. Terutama sekali aksi Liverpool vs Man United dan Man United vs Man City.
Hal ini kerana Kim Jong yang merupakan peminat tegar Man United enggan melepaskan peluang menyaksikan perlawanan tersebut. Jadi Korea Utara tayang EPL yang sesuai dengan pilihan pemimpin agung (Supreme Leader) mereka.
Sebelum EPL ditayangkan di negara mereka, Kim Jong Un dikatakan seringkali mengakses siaran TV Korea Selatan untuk menyaksikan aksi EPL melibatkan Man United.

Analisis perlawanan dipantau tentera
Namun begitu, kali ini, badan penyiar KCTV telah mendapatkan hak penyiaran lebih eksklusif, ini termasuk akan ada analisi perlawanan yang akan dipantau rapi oleh kerajaan dan juga tentera.
Selain EPL, TV Korea Utara juga akan menayangkan aksi UCL terpilih bermula daripada pusingan kalah mati. Kerajaan mahu menyemai minat bola sepak dalam kalangan generasi muda.