Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mendedahkan kos pembaikan jalan Persekutuan dan cerun di seluruh negara akibat banjir gelombang pertama mencecah RM312.1 juta.
Setakat kelmarin, kos pembaikan jalan Persekutuan adalah sebanyak RM247 juta. Sementara cerun jalan Persekutuan RM40.3 juta, lapor Berita Harian.
Baca Juga:
- Datuk Yusof Haslam Sekeluarga Batalkan Percutian Ke Luar Negara Dan Tekad Bantu Mangsa Banjir
- ‘Banjir Darah’ Di Kelantan? Netizen Terkejut Air Banjir Warna Merah
- Media Prima Audio, Mydin Dan Mapim Lancar Misi Bantuan Banjir
“Jalan negeri pula dianggarkan berjumlah RM24.8 juta,” katanya kepada pihak media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) di Pusat Konvensyen PICCA semalam.
Tambahnya, pihaknya juga mengaktifkan bilik gerakan bencana sepanjang menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan mempertingkatkan persiapan dalam berdepan banjir gelombang kedua.
“Minggu lalu, Kementerian Kerja Raya dan JKR dan syarikat konsesi turun membantu mangsa banjir. Saya juga turun padang ke Kelantan dan Terengganu.
“Ini menjadi kebiasaan pada setiap tahun yang kita akan pertingkatkan apa kita boleh bantu (mangsa banjir) termasuk dalam kerja-kerja pembersihan.
“Kita telah bersiap sedia berdasarkan pengalaman sebelum ini,” katanya.