Presiden FA Palestin, Jibril Rajoub dilaporkan telah ditahan oleh tentera I*rael, ketika dia kembali semula ke negaranya dari Paris.

Rajoub berada di Paris bersama sama dengan skuad bola sepak Palestin, dan dia menjadi sasaran kepada negara haram yang tidak berpuas hati dengan pandangannya sebelum ini.

Jibril Rajoub pernah meminta FIFA dan IOC menggantung penyertaan I***el daripada Sukan Olimpik 2024 kerana serangan yang dibuat negara haram tersebut ke atas Palestin.

Komen tersebut membuatkan negara haram tersebut koyak dan menuduh Jibril Rajoub sebagai batu api dan penghasut.

Sebelum ini FIFA dan IOC tegas menghukum Rusia kerana aktiviti ketenteraan negara tersebut di Ukraine. Oleh itu Jibril Rajoub telah mempersoalkan kenapa I****l tidak dikenakan tindakan yang sama.

Rajoub bukan sahaja meminta negara haram tersebut diharamkan beraksi dalam acara bola sepak di Sukan Olimpik, dia malah meminta agar mereka diharamkan daripada menyertai mana mana sukan pada masa ini, selagi lagi tidak menghentikan kekejaman mereka.

Ini bukan kali pertama Rajoub bersuara tentang perkara itu. Maka sebab itulah negara haram tersebut koyak teruk dan menggunakan tentera untuk menangkapnya.

Menteri Luar I****l telah membidas Jibril Rajoub dan menganggap presiden FA Palestin itu sebagai mencampur adukan politik dengan bola sepak.

Sambil mempertahankan tindakan I****l ke atas Gaza sebagai satu usaha memerangi keganasan oleh H*mas.

Menteri Luar tersebut telah mengingatkan semua pihak yang mengecam tindakan mereka sebagai penyokong kepada pengganas.

Apa yang mengejutkan ketika ini, negara haram tersebut telah menggunakan tentera mereka untuk menahan Jibril Rajoub.

Dia bagaimanapun telah dibebaskan selepas beberapa jam berada dalam tahanan tentera.

Berita itu benar benar melegakan peminat bola sepak negara tersebut.