Walaupun nampak gah pada luaran, siapa sangka penduduk di Kuala Lumpur rupanya paling ramai kumpulan miskin tegar berbanding dengan wilayah negeri-negeri lain di Malaysia?
Memetik laman Rnggt, terdapat seramai 474 Ketua Isi Rumah (KIR) Misking tegar setakat akhir November lalu.
Selain KL, negeri Kedah (341), Sabah (289) dan Johor (275) turut menjadi negeri yang tertinggi merekodkan jumlah KIR miskin tegar di Malaysia. Sementara itu, Sarawak (58,877) dan Kelantan (58,684) pula menjadi negeri tertinggi merekodkan bilangan status miskin di Malaysia.
Menurut sistem data kemiskinan negara eKasih, hal ini boleh berlaku ekoran kesan tekanan kos bandar serta perolehan pendapatan minimum disebilangan lokasi, sekaligus menjadikan tanggungan bulanan lebih tinggi dan kapasiti simpanan lebih kecil.
Sebaliknya pula buat Putrajaya, Melaka, Perlis dan Negeri Sembilan pula berjaya merekodkan sifar miskin tegar mengikut data semasa.
Perkara ini berjaya dicapai susulandisokong hasil penawaran insentif dan peluang meningkatkan pendapatan bulanan rakyat pada pasaran semasa.

Manakala status miskin pula dilihat lebih rendah untuk penduduk di Putrajaya (38), Labuan (1,772), KL (6,382), Melaka (9,306) dan Negeri Sembilan (11,604).