Jika dahulu ada yang sanggup menerbangkan penjual kuih raya dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu, kini orang ramai pula sedia mengerumuni penjara kajang selepas mengetahui tentang penawaran kuih raya yang dibuat khas oleh banduan.

Difahamkan kuih dan biskut raya yang dihasilkan dari penjara Kajang mula mendapat perhatian selepas dikongsikan oleh seorang peguam terkenal yang dikenali sebagai Tun Laila baru-baru ini.

Oleh itu, seorang pengguna TikTok bernama @Si Siti, berkongsi kisah yang dirinya mahu membeli kuih raya hasil sentuhan banduan di Penjara Kajang sebelum pulang ke destinasi yang mahu dituju.

“Alang-alang nak balik Johor, singgah Kajang tapi habis pula,” tulis di kapysennya.

Dia langsung berkongsi gambar seorang anggota polis yang memegang kertas notis memberitahu bahawa operasi jualan biskut raya terpaksa dihentikan buat sementara waktu bagi memberi lalu penambahan stok.

kuih raya
Sumber Gambar: TikTok

Dengan ini, ia memberi kenyataan yang jelas bahawa kuih dan biskut raya habis dibeli oleh para pengunjung sejak ia mula dihebahkan kepada umum.

Menariknya, mereka yang datang hanya boleh mengambil tempahan yang sudah dibuat secara online sahaja pada ketika itu.

Untuk mengetahui lanjut, pihak polis mengingatkan orang ramai untuk mengikuti perkembangan kemasukan stok dan seumpamanya menerusi akaun media sosial mereka yang dinamakan Galeri My Pride.

Perkongsian wanita itu langsung meraih perhatian ramai dan rata-ratanya sangat gembira melihat perkembangan tersebut di samping mengucapkan terima kasih kepada Tun Laila kerana sering mempromosikan produk buatan banduan sehingga laris terjual.

kuih raya
Sumber Gambar: TikTok
kuih raya
Sumber Gambar: TikTok

Dalam masa sama, ada yang meluahkan rasa sebak kerana membayangkan betapa gembiranya perasaan para banduan yang terlibat apabila produk mereka habis terjual.

Tun Laila turut berkata kalau biskut raya laku diaorang dapat makan sedap sikit pada pagi raya nanti, boleh dikira berkongsi rezeki secara tidak langsung.

@yarafaee

duta Penjara Kajang, ko ada? songket from @Misriscarves 🫶

♬ original sound – Tun Laila – Tun Laila

Selain kuih raya, rupanya pelbagai aneka lain produk hasil tangan penghuni banduan yang dijual kepada orang awam termasuklah songket, makanan beku, air dan banyak lagi.