Meletakkan kenderaan di bukan kawasan parkir merupakan salah satu kesalahan dan selalunya akan dikenakan tindakan mengunci tayar kereta.
Bagaimanapun baru-baru ini seorang pengguna TikTok mempersoalkan mengapa pihak berkuasa bersikap double standard kerana hanya memilih ‘kereta murah’ untuk dikenakan tindakan. Sementara kereta mahal dibiar terlepas.
Baca Juga:
- Video Ini Tunjuk Perbezaan Layanan ‘Double Standard’ Antara Mat Saleh Dan Mat Nepal Oleh Rakyat Malaysia
- Didakwa ‘Double Standard’ Dalam Penggunaan Cermin Gelap, Ini Penjelasan Daripada Pihak JPJ Perlis
- Dikritik Tak Redha Video Layanan ‘Double Standard’ Tular, Imam Masjid Putra Mohon Maaf Secara Terbuka
‘Kunci tayar Bezza, tapi lepaskan kereta mahal. Tolong jelaskan ini pihak berkuasa? Untuk makluman, kami sudah bayar ‘yuran’ tetapi di mana keadilan?”
“Kereta mahal bermaksud saya boleh langgar peraturan ke?” ujar TikTok @thenshijin.
@thenshijin People with money can break rules 🕺🏻 #dbkl #kualalumpur #malaysia #dewanbandarayakualalumpur
Tambahnya lagi, apabila dia menyoal mengapa tidak clamp kereta Range Rover yang ada berdekatan, pihak berkuasa enggan memberi jawapan.
Ada netizen menyalahkan lelaki tersebut kerana enggan bertanggungjawab selepas melakukan kesalahan.
Menurut lelaki tersebut dia akui telah melakukan kesalahan, namun berasa kurang senang melihat double standard yang berlaku di depan matanya sendiri.
“Isunya bukan saya tidak mahu bayar, saya buat salah, saya mengaku kesilapan saya dengan membayar (denda). Tetapi orang lain? Kereta mahal bermakna undang-undang tidak dikenakan ke atas mereka?” tegas lelaki tersebut.
Dalam pada itu yang bersangka baik, mungkin alat clamp tersebut tidak muat untuk kereta bertayar saiz besar pada ketika itu.
Namun ramai netizen menyanggah pendapat itu dan menyatakan sepatutnya pada ketika ini pihak berkuasa sudah menggunakan clamp yang boleh kunci apa juga saiz tayar kereta.