Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada satu lagi persembahan epik dari penyanyi dan penulis lagu terkenal Indonesia, Kunto Aji, yang akan membawa jelajah “Perjalanan Menawar Racun” ke Zepp Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2024.
“Perjalanan Menawar Racun,” satu tajuk yang sarat dengan makna dan emosi, bukan sekadar sebuah konsert biasa.
Kunto Aji membawa penonton dalam satu perjalanan muzik yang mendalam, yang menjelajahi tema penyembuhan, penemuan diri, dan ketahanan.
Dikenali dengan lirik yang penuh makna dan bunyi muzik yang inovatif, Kunto Aji akan mempersembahkan lagu-lagu dari album terbaru beliau.
Konsert ini dijadualkan berlangsung selama dua jam, menjanjikan pengalaman muzik yang penuh kepuasan kepada peminat.
Dalam tempoh tersebut, Kunto Aji akan membawakan 20 buah lagu, termasuk lagu-lagu hits dari album terdahulu seperti “Terlalu Lama Sendiri”, “Rehat” dan “Saudade”.
Lagu-lagu ini bukan sahaja menonjolkan bakat luar biasa beliau, tetapi juga telah membantu beliau menambat hati peminat muzik Malaysia.
Untuk peminat yang tidak mahu ketinggalan, tiket untuk konsert ini dijual dengan harga bermula dari RM108 hingga RM1,988.
Tidak lupa juga, pihak produksi juga menawarkan 2 keping tiket (free standing) dengan harga combo RM200 dan 4 keping tiket (free standing) dengan harga RM350.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian di laman web www.malamgalau.com dan boleh terus whatsapp 0122710040.
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan tiket, sila layari www.malamgalau.com atau ikuti @hashtagmalaysia di Instagram.
Pastikan anda menjadi sebahagian daripada malam penuh muzik dan emosi ini bersama Kunto Aji dalam jelajah “Perjalanan Menawar Racun 2024” di Kuala Lumpur.