Filem genre aksi yang sedang hangat di pawagam ketika ini,  Kahar: Kapla High Council kini mencatatkan kutipan RM4.2 juta dalam masa 4 hari pertama tayangannya.

Filem Kahar: Kapla High Council mulai ditayangkan di pawagam pada 28 November yang lalu.

Sambutan ke atas filem tersebut membuatkannya meraih kutipan secara purata lebih RM1 juta setiap hari untuk 4 hari pertama tayangannya.

Penerbit Eksekutif Astro Shaw, Raja Jastina Arshad yang memanjatkan kesyukurannya di atas kejayaan filem tersebut menarik perhatian penonton untuk ke pawagam.

Banyak respon positif yang diterima oleh filem tersebut setakat ini.

Sambutan luar biasa ke atas filem itu juga disokong oleh kejayaan drama bersirinya sebelum ini.

Raja Jastina juga berpuas hati kerana menurutnya, penonton faham dengan mesej yang cuba disampaikan daripada filem tersebut.

Ini selepas dia menemui beberapa penonton yang sudah menonton filem tersebut.

Menurt Jastina lagi, mesej yang disampaikan adalah tentang kekeluargaan.

Dipetik dari sumber mStar, Jastina memberikan pandangannya selepas hari ketiga tayangan filem itu yang meraih sekitar RM3 juta.

Dia berkata: “Melihat reaksi serta komen penonton selepas menonton, rata rata berkongsi kepuasan mereka dari sudut jalan cerita, kualiti produksi.

“Dan penonton memahami mesej yang ingin disampaikan kerana kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang,” tegas beliau.

Filem tersebut dijangka akan terus menggandakan lagi kutipannya selepas ini.