Syarikat pengendali rangkaian kedai runcit, 99 Speedmart kini mempunyai pemegang saham utama baharu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KWSP muncul sebagai pemegang saham utama selepas meningkatkan pegangan sahamnya dalam syarikat berkenaan, lapor Berita Harian.
Baca Juga:
- Untuk Mudahkan Pelanggan, 99 Speedmart Akan Buka Seawal 9 Pagi Mulai 1 Julai
- 99 Speedmart Raih Untung Bersih RM490.26 Juta
- Pengasas 99 Speedmart Masuk Senarai 10 Terkaya Malaysia Dengan Kekayaan RM17.6 Bilion
Pada 6 Jun lalu KWSP membeli enam juta saham, sekaligus pegangan keseluruhannya kini berjumlah 5.021 peratus dan menjadikannya pemegang saham utama, jelas 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd.
Dalam banyak undang-undang korporat, seseorang dianggap pemegang saham utama jika mereka memiliki 5% atau lebih daripada jumlah saham syarikat yang diterbitkan.
Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speedmart, Lee Thiam Wah kekal sebagai pemegang saham terbesar dengan penguasaan 79.68 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan.
Harga semasa pegangan saham pada hari ini adalah RM2.17 per saham, naik +0.46% berbanding penutupan sebelumnya.