Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mengidap penyakit kanser tahap 4 yang didakwa terpaksa dibawa ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya untuk mendapatkan pengesahan bagi mengeluarkan simpanan carumannya.
Menurut perkongsian yang ditulis oleh adik kepada pesakit tersebut, kakaknya itu mahu mengeluarkan caruman dalam akaun pertama yang mempunyai baki tabungan kurang RM10,000 bagi menampung kos rawatan.
Juteru itu, pihak keluarga pesakit tersebut meminta pihak pegawai KWSP untuk membuat lawatan ke rumah bagi mendapatkan cop jari secara manual dan pengesahan diri pencarum kerana pesakit tidak mampu bangun.
Walau bagaimanapun, permintaan tersebut ditolak oleh pegawai KWSP berkenaan dan meminta pencarum untuk hadir ke pejabat juga bagi menyelesaikan urusan tersebut.

Isu tersebut menjadi tular dan menerima respon kurang senang daripada pelbagai pihak terutamanya dikalangan netizen.
Susulan penularan isu tersebut, pihak KWSP telah tampil membuat permohonan maaf melalui laman Facebook dan Twitter mereka berkenaan perkara itu.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ambil maklum mengenai berita yang sedang tular berkaitan pengalaman perkhidmatan dari salah seorang ahli KWSP di Johor Bahru.
Kami amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli tersebut dan keluarganya.
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) December 22, 2019
Melalui kenyataan itu juga, pihak KWSP menyatakan akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
Dikepilkan beberapa artikel berkenaan KWSP yang menarik untuk dijadikan bahan bacaan anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Simpanan Konvensional KWSP Diumumkan Dengan Dividen 6.15% Bagi Tahun 2018