Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 6.3 peratus peratus untuk kedua-dua Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional lapor Kosmo.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, jumlah agihan bagi Simpanan Shariah melibatkan RM 10.19 bilion, dan RM63.05 billion bagi Simpanan Konvensional.

“Keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk tahun 2024 adalah RM73.24 bilion,” katanya pada Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara, di sini hari ini.
Bagi tahun 2023, KWSP memberikan dividen 5.4 peratus untuk Simpanan Shariah dan 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional, melibatkan jumlah agihan keseluruhan RM57.81 bilion.
Kadar paling tertinggi pernah dicapai 8.5 peratus
Kadar dividen tertinggi pernah diberikan KWSP adalah 8.5 peratus, dari tahun 1983 hingga 1987.
Aplikasi KWSP terus ‘jem’
Dalam pada itu, berdasarkan pemerhatian kami, orang ramai dilihat berkerumun di aplikasi KWSP kerana mahu melihat jumlah dividen yang diterima selepas pengumuman tersebut.
Ekoran trafik yang terlalu tinggi di dalam aplikasi, pihak pembangun terpaksa membuat sistem nombor giliran kerana tidak mampu menampung jumlah pengunjung yang terlalu ramai secara serentak pada ketika ini.