Netizen tidak dapat menerima karya terbaru Wany Hasrita yang dianggap lagu syok sendiri.
Mereka berpendapat bahawa lagu terbaru Wany Hasrita sebagai tangkap muat dan tidak ada kualiti.
Wany Hasrita bukannya nama asing dalam industri muzik tanah air. Namanya meningkat naik menerusi hits ‘Menahan Rindu’.
Lagu yang memberikan kegemilangan kepada kariernya sehingga dia tercalon dalam final Anugerah Juara Lagu.
Lagu itu juga membantunya meraih undi peminat untuk memenangi Anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018.
Dan kini, Wany Hasrita dilihat cuba bereksperimentasi dengan muziknya menerusi lagu baharun ‘Madu Dua’ yang baru sahaja dilancarkan.
Lagu tersebut berentak ‘catchy’ dan lirik yang agak sinis. Tetapi malangnya sambutan peminat kali ini tidak begitu baik.
Rata rata peminat Wany Hasrita menganggap konsep dan lagu tersebut tidak sesuai dengan penyanyi itu.
Ada yang menyatakan lagu seperti itu sesuai untuk artis seperti Ayda Jebat atau Baby Shima namun bukannya Wany Hasrita yang selalu mendendangkan lagu balada.
@wany_hasrita.fc dulu satu, sekarang dua mungkin tiga? #madudua #dulusatusekarangduamungkintiga #musicvideo #lagu #lagumalaysia #fyp #fypシ #foryoupage
Peminat mahu Wany Hasrita era ‘Menahan Rindu’ yang dulu, bukannya versi yang dianggap mirip kepada Iman Troye.
Seorang lagi menulis: “Makin pelik lagu Wany.”
Ada juga yang menganggap lagu Wany Hasrita ini menambah lagi koleksi lagu lagu merapu pada hari ini.
Mell menulis: “Hadoii, makin merapu lagu lagu sekarang.”
Seorang lagi menegaskan: “Lagu macam ini bagi kat Nabila Razali je la nyanyi. Wany Hasrita ni vibes muslimah atau irama asli.”