Kedai mamak biasanya dikaitkan dengan tahap kebersihan yang tidak memuaskan serta tampak ringkas dari segi dekorasinya.
Namun, sebuah kedai mamak premium di Setia Alam telah mencuri perhatian ramai apabila rekaan dalaman secara keseluruhannya kelihatan seperti restoran mewah di kawasan elit pula.
Ini termasuklah pemilihan palet warna dengan elemen mewah, penggunaan perabot yang moden, rekaan dalaman dengan tema moden kontemporari, persekitaran yang kondusif dan yang paling utama tahap kebersihan yang cukup baik.
Menariknya, anda juga boleh memanggil pelayan dengan semudah klik butang loceng pada setiap meja yang disediakan. Para pekerja tampil berketerampilan kemas dan bersih sekaligus sejuk mata memandangnya.

Kedai mamak premium bernama Nasi Kandar Antarabangsa turut mendedahkan harga menu di sana tidaklah semahal yang disangkakan apabila disoal oleh netizen.
@nasikandarantarbangsa Welcome to Nasi Kandar Antarabangsa, Setia Alam 🤎✨ #mamak #premiummamak #mamakpremium #nasikandar #nasikandarantarabangsa #hiddengems #mamakviral #oldmoneymamak #nasikandarpremium #tempatlepaksetiaalam #tempatmenarikselangor #klfoodie #selangorfoodie
Hantaran video berkenaan langsung menerima pelbagai reaksi dari netizen. Bagaimanapun, rata-ratanya meluahkan rasa terkejut kewujudan sebuah kedai mamak yang ‘terpaling’ estetik seumpama kedai makan mewah ternama di luar sana.
Selain itu, sebahagian netizen turut merasakan dengan penawaran suasana yang cukup kondusif dalam masa sama tahap kebersihan yang lebih terjamin ini layak pun mengenakan caj yang premium jika berkunjung ke sana.
Ada juga merasakan vibes sebegini sudah tidak terasa seperti mamak yang biasa dalam keadaan terbuka di samping bising dengan pelanggan yang bersembang.