Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor pernah menggegarkan industri hiburan tanah air apabila mengumumkan penghijarahan beliau. Malah, penghijrahan beliau turut menjadi ikutan para peminat serta meraih pujian ramai.
Meskipun tampil dengan imej berpurdah, Neelofa dilihat masih lagi berfesyen sekaligus membawa imej baharu buat individu berpurdah.
Baca Juga:
- Selepas Ditularkan Tanpa Izin, Neelofa Akhirnya Dedah Wajah Bilal Di Instagram
- Seperti ‘Tikam Belakang’ Stokis Dan Agen, Neelofa Umum HQ Jual Innai NunHa Di Shopee

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini Neelofa menjadi mangsa kritikan netizen apabila menggayakan imej berpurdah beserta pakaian yang agak singkat. Neelofa juga dilihat masih lagi menutup bahagian kaki beliau dengan memakai boot kulit.



Perkongsian imej terbaru Neelofa ini sekaligus membuat para netizen kurang senang di mana rata-ratanya imej tersebut dilihat kurang sesuai untuk individu yang berniqab.