Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman telah didapati bersalah di atas 2 pertuduhan amang seksual ke atas remaja lelaki.
PU Azman dituduh melakukan kesalahan tersebut ke atas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dalam kejadian yang dilaporkan dilakukan pada dua tahun yang lalu.
Dan kini PU Azman didapati bersalah di atas dua pertuduhan tersebut. Menurut laporan Buletin TV3, Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu di Mahkamah Sesyen Klang, selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan kes tersebut.
Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun. pic.twitter.com/rFErCuM21J
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 27, 2024
Pada Disember tahun lalu, PU Azman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun. Kesalahan tersebut dilakukan pada tahun 2022.
Kesalahan tersebut dilaporkan berlaku di sebuah inap desa Kampung Sungai Udang pada 20 Februari 2022 dan 29 Jun 2022, masing masing pada 12.15 malam dan 1 pagi.
Mahkamah ketika itu mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh atas tuduhan pertama dan tuduhan kedua. Oleh yang demikian PU Azman yang ketika itu masih tertuduh telah diarahkan untuk membela dirinya.
PU Azman konsisten menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya. Selepas beberapa siri perbicaraan di mahkamah, hari ini PU Azman didapati bersalah dalam 2 pertuduhan berkaitan dengan kesalahan amang seksual ke atas remaja lelaki 17 tahun.
Menurut laporan Berita Harian, PU Azman, 24, dijatuhi hukuman penjara 24 tahun serta 1 sebatan. 12 tahun untuk setiap kesalahan yang dilakukannya secara berasingan.
PU Azman turut diminta menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.
[TERKINI] PU Azman dipenjara 24 tahun dengan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja 17 tahun#BernamaNews pic.twitter.com/LtKbIN38D2
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 27, 2024