Kes kemalangan akibat mabuk merupakan salah satu faktor terbesar yang menyumbangkan kepada jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia.

Terbaru, tular satu rakaman video menunjukkan dua orang pemuda ditemui tertidur di dalam kereta di hadapan lampu isyarat setelah disyaki mabuk.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Perbuatan mereka telah menyebabkan gangguan lalu lintas hingga menyebabkanΒ  pengguna jalan raya terkandas dalam kesesakan trafik jalan raya. Namun tidak dapat dipastikan di mana kejadian ini berlaku.

Perkongsian video tersebut telah mendapat ribuan reaksi dan pandangan daripada pengguna media sosial.

Rata-rata ramai yang terkesima melihat mereka berdua boleh tidur tidak sedarkan diri walaupun perakam video telah melaung dan menggoncang pintu untuk mengejutkan mereka.

https://twitter.com/FaizAlavi/status/1378885709310828545?s=20

https://twitter.com/justcallmezzdub/status/1378892694102044674?s=20

https://twitter.com/allthatfiqa/status/1378925683628380161?s=20

Pada masa yang sama, ramai netizen memuji ‘tindakan’ mereka kerana tidak meneruskan pemanduan dalam keadaan mabuk yang boleh membahayakan diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Apa pendapat anda mengenai tindakan kedua-dua individu ini? Kongsikan pendapat anda pada ruangan komen.

Baca lagi kisah-kisah pemandu mabuk yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Netizen Mahu Kereta Honda Pemandu Mabuk Ini Jadi ‘Seni Arca’ Di Eco Ardence

Orang Ramai Mengamuk, Pemandu Mabuk Berusia 18 Tahun Dipukul Selepas Rempuh Kereta

Tular Rakaman Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar Dan Seret Motosikal Undang Kemarahan Netizen