Raja Bomoh yang juga dikenali sebagai Datuk Ibrahim Mat Zin, sekali lagi menarik perhatian orang ramai dengan aksi terbaharu olehnya.
Dalam satu video yang kini ditonton lebih 1 juta orang di TikTok @tokomardany, Raja Bomoh dilihat melakukan upacara membungkus daun pisang kosong sambil membaca ayat-ayat.
Baca Juga:
- Raja Bomoh Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia Kerana Jadikannya Terkenal
- Gangguan Mistik Sudah Berakhir, Kerja Pembinaan Jambatan Marang Boleh Diteruskan Semula
Apa yang mengejutkan orang ramai adalah membuka balutan daun pisang dan secara tiba-tiba muncul wang kertas RM50.
@tokomardany Raja bomoh tarik duit… #fypdongggggggg #fyp #DatukIbrahimMatZin
Dalam video itu, Raja Bomoh mendakwa bahawa dia mempunyai keupayaan untuk mengubah daun pisang kepada wang melalui jampi, menekankan bahawa ia bukan ilmu hitam tetapi kemahiran yang diperolehnya melalui pelbagai amalan.
Lelaki yang duduk di hadapannya memegang wang kertas tersebut dan menunjukkannya ke kamera sambil mengesahkan kesahihannya.