Seperti ramai sedia maklum, nilai 1 USD berada pada nilai sekitar RM4.75. Malah, pasangan matawang ini dilihat tidak stabil sejak akhir-akhir ini.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia dikejutkan apabila laman Google mendedahkan nilai 1 USD telah meningkat secara mendadak sehingga RM6.24 semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hal ini nyata menimbulkan panik buat sejumlah besar rakyat Malaysia yang ingin mengetahui punca kenaikan mendadak yang pastinya memberi kesan besar kepada ekonomi negara.

Walau bagaimanapun, nilai 1 USD kembali kepada asal iaitu RM4.75 selepas beberapa jam. Setakat ini, masih belum terdapat laporan penuh daripada pihak bertanggungjawab menjelaskan isu yang berlaku.

Sementara itu, semakan di laman yang memaparkan nilai matawang menunjukkan tiada kenaikan yang berlaku pada tempoh tersebut.

Sekiranya benar kenaikan tersebut berlaku mencecah RM6.24, para pelabur yang memegang nilai USD dalam jumlah yang besar akan meraih keuntungan yang besar manakala ekonomi Malaysia perlu bekerja lebih keras dalam memastikan inflasi yang drastik dapat dikawal.

Terdapat spekulasi yang mendakwa isu yang berlaku hanyalah masalah atau glitch melibatkan Google.

Kemas kini: Laman rasmi X @BNM_official telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan data yang dikeluarkan Google mengenai kenaikan nilai USD yang mendadak adalah tidak benar dan palsu.

Pihak BNM turut memaklumkan untuk membuat semakan menerusi beberapa portal lain seperti Bloomberg bagi mengetahui nilai Ringgit secara tepat.