Bintang muda FC Barcelona, Lamine Yamal, tampil menafikan dakwaan bahawa dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang pelakon filem dewasa serta model OnlyFans, Fati Vázquez.
Ini selepas gambar-gambar percutian mereka yang dipercayai diambil paparazi tular di media sosial.
Kemudian pelakon tersebut mendedahkan bahawa dia memang sedang berhubungan mesra dengan Lamine Yamal.
Fati Vasquez bercakap kepada wartawan: “Pertamanya, saya masih 29 tahun dan belum lagi 30 tahun. Dan saya tidak melakukan jenayah membunuh sesiapa pun.
“Reaksi ke atas khabar angin itu terlalu berat dan mungkin akan memberikan impak kepada Lamine Yamal.
“Saya meluangkan masa beberapa hari dengannya, dan tidak lebih daripada itu. Saya tak nak ulas lebih lagi kerana cacian diterima terlalu banyak.”
Fati Vasquez mengancam akan mengambil tindakan perundangan kepada mereka yang mencalarkan reputasinya.
Lamine Yamal kemudian tampil menafikan dia dan Fati Vasques ada hubungan istimewa. Wartawan Javi de Hoyos mendakwa, Lamine Yamal sudah menjelaskan kepadanya tentang hubungan dia dan wanita itu.
Javi de Hoyos berkata: “Dia menafikan ada hubungan cinta dengan wanita itu. Dan dia menegaskan tiada apa apa berlaku antara mereka. Lamine Yamal bukan bercuti seorang diri, dia bersama dengan rakan rakannya.
De Hoyos yakin bahawa gambar Lamine Yamal dengan Fati Vaszquez sedang bermesra adalah angkara AI.
Lamine Yamal from his vacation in Italy days ago. @Lecturas
According to journalist Javi Hoyos, Lamine Yamal has firmly denied any romantic connection with Fati Vazquez.
He says there’s nothing going on. Hoyos reported, claiming to have spoken directly with the player. pic.twitter.com/l9VO2GmNHv
— Lamine Yamal Xtra (@Yamal_Xtra) June 17, 2025
Lamine Yamal kemudian menjelaskan sendiri: :Saya tidak mengenali wanita itu secara peribadi. Hanya kebetulan kami bercuti di tempat yang sama. Tiada apa yang berlaku.”
Sebelum ini Lamine Yamal pernah berpacaran dengan influencer Alex Padilla. Namun hubungan mereka putus apabila gadis itu ‘kanto’ diriba lelaki lain dalam video yang tular di media sosial.
Peminat Barcelona turut mendesak ayah Lamine Yamal agar lebih tegas dalam mendidik anak lelakinya yang masih remaja.