Lamine Yamal perlekeh Real Madrid dalam menentang Barcelona musim.

Lamine Yamal berkata Real Madrid tidak mampu menandingi Barcelona musim ini selepas pasukan Hansi Flick bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan seteru El Clásico mereka dan menjuarai Copa del Rey pada Sabtu.

Perlawanan yang panas dengan kontroversi pra perlawanan. Di mana Real Madrid secara terbuka mengkritik pemilihan pengadil dan mengancam menarik diri daripada final.

Pertahanan Barcelona, Jules Kounde menjaringkan gol kemenangan dramatik pada minit ke-116 selepas gol lewat Ferran Torres membawa perlawanan ke masa tambahan.

3 pemain Madrid dilayangkan kad merah dalam penghujung final Copa yang tegang itu.

Kemenangan ini merupakan kemenangan ketiga Barça ke atas Madrid musim ini, selepas kemenangan 4-0 dalam LaLiga di Bernabeu pada Oktober dan kejayaan 5-2 dalam final Supercopa Sepanyol pada Januari.

Mereka akan bertemu sekali lagi dalam liga pada 11 Mei.

Yamal perlekeh Real Madrid

Pemain muda, Lamine Yamal kemudian dengan terbuka perlekeh Real Madrid. Yang menurutnya tidak mampu menandingi Barcelona musim ini.

lamine yamal perlekeh real madrid

Dia malah menegaskan bahawa dia tak risau langsung kalau Madrid mendahului 2 gol sekalipun. Kerana Barcelona adalah pasukan yang tiada tandingannya.

“Saya cakap kepada [pertahanan Barça] Ronald [Araújo] masa berbual di hotel tadi: ‘Kalau mereka jaringkan satu gol, tak ada masalah,'” kata Yamal perlekeh Real Madrid.

“Kalau mereka jaringkan dua gol pun? Masih tak ada masalah. Mereka memang tak boleh lawan kita tahun ini — kita dah buktikan,” tambah Lamine Yamal lagi.

Yamal, 17 tahun, memainkan peranan penting dalam dua gol pertama Barca, memberikan bantuan gol kepada Pedri untuk gol pembukaan dan kemudian membantu Torres menjaringkan gol penyamaan selepas Kylian Mbappe dan Aurélien Tchouameni memberi kelebihan kepada Madrid.

Kounde kemudian memintas hantaran Luka Modric dan meledak gol kemenangan, melengkapkan satu lagi kebangkitan Barca pada tahun 2025, selepas kebangkitan menentang Benfica, Atletico Madrid dan Celta Vigo sebelum ini.

Flick gembira

“Mereka berjuang untuk segalanya,” kata Flick dalam sidang media mengenai semangat pantang menyerah pasukannya.

“Ia benar-benar luar biasa, mereka tidak berputus asa. Semua orang bangga dengan pasukan ini. Mereka memang layak menang. Ia kemenangan besar malam ini.

Flick

“Jules, dalam masa tambahan, dia menyelamatkan dua peluang Madrid dan menjaringkan gol. Ia luar biasa, benar-benar luar biasa.

“Semua pemain pertahanan bermain dengan cemerlang. Mentaliti Jules apabila dia menjaringkan gol — pada saat yang tepat, di posisi yang betul, dan rembatan yang hebat. Dia memang luar biasa. Dan juga seorang lagi pemain yang tidak pernah berputus asa.”

Barca masih berpeluang menamatkan musim dengan kejuaraan treble.

Mereka mendahului Real Madrid dengan empat mata di puncak LaLiga sebelum Clasico bulan depan dan akan menentang Inter Milan di separuh akhir Liga Juara-Juara.

Flick berkata kejayaan Copa ini akan memberi keyakinan kepada pasukannya untuk meraih lebih banyak kejuaraan, tetapi beliau belum membayangkan final Liga Juara-Juara Eropah di Munich hujung Mei nanti.

“Ada dua perlawanan lagi sebelum itu,” tambahnya. “Hari ini sangat hebat. Suasana sepanjang hari amat menakjubkan. Bila kami tiba, peminat di jalanan meraikan kami, begitu gembira.

“Di stadium pun, suasananya luar biasa dan akhirnya saya benar-benar gembira untuk peminat kerana kami dapat meraikan kemenangan besar ke atas Real Madrid dalam final Copa. Ia hebat untuk semua orang dan mungkin memberi kami keyakinan untuk lebih banyak kejayaan.”