Seorang pemuda berusia 25 tahun telah ditahan reman selama tiga hari. Dia disiasat atas pelbagai kesalahan termasuk mengeluarkan kata kata kesat kepada polis  trafik yang bertugas.

Tindakan pemuda itu sangat biadap dan membuatkan  ramai netizen mengecamnya.

Telah tular satu video memaparkan seorang pemuda yang tidak dapat menerima ketika polis menyamannya kerana melanggar lampu isyarat.

Pemuda itu dilihat mahu menghubungi seseorang dan berterusan menarut.

Dia menafikan dia ada melanggar lampu isyarat  dan menegaskan di kawasan tersebut tiada lampu isyarat. Polis menyatakan dia bukan melanggar lampu isyarat di kawasan dia berhenti itu tetapi di kawasan berdekatan dengan Econsave di lebuhraya Thean Teik.

Kejadian tersebut berlaku kira kira 6.45 petang semalam. Pemuda itu kemudian mempersoalkan, ‘depan Econsave mana ada lampu isyarat’.

Dia mengeluarkan kata kata kesat termasuk ‘Lan**u punya polis’ dan ‘ci**i lu’ dan banyak lagi kata kata kesat lain.

Dia mendesak polis itu cepat sikit membuat kerja. Dan dia turut menolak polis tersebut dan meminta pengenalan polis tersebut. Dan mencabar polis tersebut untuk memviralkan polis itu.

Lelaki tersebut kemudian ditahan semalam dan disiasat di bawah seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 – menurut Harian Metro.

Pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa mengikut peraturan lalulintas dan berhemah ketika menggunakan jalan raya.

Netizen menzahirkan rasa kecewa dengan generasi pada hari ini yang dianggap semakin ramai yang biadap.

Yang lain berkata: “Dah buat salah tu, minta maaf dan bayar je saman tu.”