Bukit Aman telah memberi amaran kepada semua pengguna jalan raya, termasuk pemandu asing, untuk mematuhi undang-undang jalan raya Malaysia.

Memetik New Straits Times, amaran itu dikeluarkan sejurus tular beberapa klip video menunjukkan beberapa kereta berkuasa tinggi dengan bernombor plat asing memandu secara berbahaya dan melanggar peraturan lalu lintas.

Baca Juga:

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Persekutuan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan mengesahkan kereta-kereta tersebut adalah sebahagian daripada peserta Gumball 3000 yang berada di Malaysia.

“Berdasarkan video, kami mengenal pasti pelbagai kesalahan, termasuk memandu secara melulu dan salah guna lorong kecemasan,” katanya.

Tiada laporan rasmi dibuat lagi, tetapi pihak berkuasa menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan.

“Pemandu, tanpa mengira kewarganegaraan, mesti mematuhi undang-undang jalan raya kita. Pesalah akan dikenakan tindakan,” kata Yusri.

Terdahulu, sebanyak lebih 100 buah kereta telah menyertai acara tahunan Gumball 3000 — satu rali yang berkonvoi hampir 5,000 kilometer.

Sempena ulang tahun ke-25, Gumball 3000 telah menjelajah Asia, bermula dari Vietnam, singgah di Malaysia sebelum berakhir di Singapura pada Ahad baru-baru ini.