Neelofa dan pasangannya telah dikenakan kompaun atas kesalahan pelanggaran SOP majlis perkahwinan dan juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri. Nama Neelofa kekal menerima kritikan netizen apabila dikatakan ‘menyindir’ abang burger yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000.

Lantaran isu ini, ada segelintir netizen mengatakan bahawa sedikit sebanyak isu ini mencalarkan imej Swarovski yang bekerjasama dengan Neelofa. Malah, ada juga netizen yang menyuarakan pendapat bahawa jika di Korea Selatan pastinya selebriti yang terpalit kontroversi seperti ini akan dibatalkan hasil kolaborasi bersama.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Menerima banyak pertanyaan netizen, pengendali akaun Twitter rasmi Swarovski mendedahkan bahawa pihaknya sudah tidak lagi berkolaborasi bersama Neelofa. Hal tersebut mendapat perhatian netizen dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

E0Ih0T5VIAEGCKf

https://twitter.com/pineabul/status/1387708827231870976

https://twitter.com/labellalabete/status/1387724280532594692

Difahamkan, pakaian nikah Neelofa diserikan dengan 5,000 butir baju kristal Swarovski. Untuk pengetahuan anda, Neelofa menjadi wanita berhijab pertama dunia yang muncul sebagai penghias billboard jenama Swarovski sejak 2017. Apa pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dengan Neelofa pada pautan di bawah ini.

Selepas 33 Hari Disiasat, Pasangan Neelofa Dan PU Riz Dikenakan Kompaun RM30,000 Tanpa Diskaun

Hanya Salah Faham Dan Nafi Sindir, Neelofa Ikhlas Mahu Bantu ‘Abang Burger’