Semalam, tular laporan kesihatan Aisyah Hijanah di sebuah pusat perubatan yang mendedahkan Aisyah dipukul berulang kali sewaktu sedang mengandung.
Susulan penularan laporan kesihatan tersebut, klinik swasta tersebut tampil dengan kenyataan rasmi di Instagram mereka.
Baca Juga:
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Menerusi hantaran tersebut, pihak klinik menegaskan penyebaran laporan perubatan itu bukanlah dari pihak mereka dan memandang serius serta sangat menjaga data peribadi pesakit.
Malah, pihak klinik mengikut mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjaga kerahsiaan data pesakit.
Menerusi laporan yang tersebar, difahamkan Aisyah mengalami beberapa bekas dipukul sewaktu mengalami pertengkaran bersama suami, Alif Teega berikutan perbincangan mengenai orang ketiga dalam perhubungan mereka.