Nampaknya larangan yang dinanti-nantikan buat mereka yang tidak merokok iaitu larangan menghisap rokok di premis kedai makan bakal berkuat kuasa bermula 1 Januari bermula tengah malam ini.
Keputusan yang dilakukan ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada terlalu terdedah kepada asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan para perokok pasif.
Bagi memastikan kesihatan orang awam terjamin terutama kanak-kanak, ibu mengandung dan orang tua, pihak kerajaan melarang para perokok untuk merokok di semua premis makanan termasuk kepada kesemua pemilik premis makanan tidak kira premis yang bertutup, berhawa dingin mahupun berkonsepkan terbuka, mereka akan dikenakan denda sekiranya melanggar arahan yang telah ditetapkan bermula 12 tengah malam ini.
Keputusan telah disahkan bahawa semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 12 tengah malam nanti, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018. Buat anda yang bakal lepak hingga larut malam pada malam ini, pastikan anda cakna dengan undang-undang terbaru ini.
#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.