Tempat berteduh merupakan perkara paling asas di dalam kehidupan seseoang manusia. Namun, bukan semua orang bernasib baik untuk memilikinya walaupun sudah berada di zaman serba canggih ini.
Baru-baru ini, sekumpulan pemburu paranormal telah berkongsi video yang memperlihatkan mereka melakukan eksplorasi sebuah bangunan yang dipercayai berhantu di Perak.
Baca Juga:
- ‘Ada 23 Adik Beradik Dan Hidup Susah’ – Wawa Zainal Menangis Kongsi Perjalanan Hidup Bikin Netizen Sebak
- Pernah Hidup Susah Dan Dipulaukan Kerana Tak Pandai, Kini Aku Seorang Cikgu
Di dalam video itu, mereka secara kebetulan menemui sebuah bilik yang dipenuhi barang kepunyaan seseorang termasuklah seperiuk maggie yang baru dimasak. Dengan ini, ia memberi petunjuk bahawa wujud seseorang yang mendiami di dalam bangunan tersebut.

Selain menjumpai tilam dan bagasi, mereka turut menemui nota tulisan tangan yang dipercayai dimiliki oleh seorang wanita.

Menerusi surat yang dijumpai, wanita itu mengalami masalah rumah tangga yang menyebabkan dia meninggalkan rumahnya. Jadi, dia pilih mencari ketenangan di tempat itu.
@eijanaziz Siapa pun insan tu..semoga awk tbh dn kuat tau…Sama²lh kita smua doakan kebaikan untknya..Aamiin .#tigerlabu #fyp #fypシ
Kumpulan itu cuba mengenal pasti wanita itu tetapi gagal kerana dia telah bersembunyi. Terharu dengan kisahnya, mereka lalu meninggalkan wang berjumlah RM150 untuk dia pulang ke kampung halamannya dan berharap mendapatkan bantuan yang diperlukan.
@eijanaziz Replying to @jejakapengejarimpian #tigerlabu #fyp #fypシ
Dalam pada itu, pemilik video turut mendoakan kebaikan untuk wanita itu dan berharap agar terus kuat untuk menghadapi dugaan hidup.