Buat pertama kalinya, festival muzik terkenal dari Indonesia, Pestapora, akan mengadakan versi “latihan” khas di Malaysia! Bertempat di Kuala Lumpur pada 26 Julai 2025, acara ini bakal menyaksikan gabungan hebat artis-artis popular dari Indonesia dan Malaysia dalam sebuah pesta muzik yang dijamin penuh energi dan warna.

Antara nama besar yang bakal membuat persembahan di Latihan Pestapora termasuk .Feast, Hindia, Barasuara x Efek Rumah Kaca, Feel Koplo, Kunto Aji dan Pamungkas dari Indonesia.

Tak ketinggalan barisan artis tempatan seperti Bittersweet, Bunkface, DOLLA, SonaOne, dan SalamMusik.

Latihan Pestapora Malaysia 2025 Bakal Gegar Kuala Lumpur, Ini 'Lineup' Fasa Pertama

Festival ini menjanjikan kepelbagaian genre — daripada pop, rock, alternatif hingga ke hip-hop dan indie.

Tiket Latihan Pestapora Sudah 2,000 Terjual

Uniknya, lebih 2,000 tiket telah terjual sebelum senarai penuh artis diumumkan.

Ini membuktikan betapa kuatnya kepercayaan peminat terhadap jenama Pestapora yang terkenal dengan gabungan muzik, seni dan komuniti dalam satu festival.

Latihan Pestapora Malaysia 2025 Bakal Gegar Kuala Lumpur, Ini 'Lineup' Fasa Pertama

Kali ini, rakyat Malaysia dapat merasai sendiri pengalaman luar biasa itu tanpa perlu terbang ke Jakarta.

Penganjur, Hitman Solutions dan Boss Creator, melihat festival ini sebagai peluang memperkenalkan pengalaman baharu dalam landskap hiburan tempatan.

Selain menjadi pentas hiburan, Latihan Pestapora juga diharap memberi kenangan manis buat peminat dan membuka ruang untuk kerjasama budaya antara dua negara.

Latihan Pestapora

Tiket kini boleh didapati di laman rasmi www.latihanpestaporamalaysia.com bermula dari RM129.

Kategori lain termasuk Rockzone (RM199), tiket Kanak-Kanak (RM70), dan Express Lane tambahan RM100.

Jangan lepaskan peluang alami sendiri kehangatan Pestapora di KL!