Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap pemandu untuk mengikut peraturan dan undang-undang jalan raya. Selain daripada elak disaman, pematuhan kepada undang-undang dapat mengurangkan risiko daripada berlakunya kemalangan.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini menerusi perkongsian daripada Twitter @isusemasaviral yang menyaksikan sebuah Perodua Kancil yang dengan selambanya memilih untuk melawan arus sekaligus hampir bertembung dengan kenderaan lain.
Baca Juga:
- Mahu Tampil Berbeza Jadi Sebab Fendymojo Pilih ‘Modified’ Bezza Sebagai Konten Di TikTok
- Kes Kereta Meletup Di Pandan Indah, Suspek Pasangan Suami Isteri Diberkas
- Langgar Lari Kereta Bawa Penumpang Ibu Mengandung Dan Bayi, Honda Civic Ini Jadi Buruan Netizen
Ingatkan keluar kereta nak ajak gaduh rupanya nak ajar orang bawak kereta betul tapi sebenarnya dia yang salah sebab nak pancung pic.twitter.com/PBS3C7Q6XW
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) January 4, 2023
Tidak hanya lawan arus, pemilik Perodua Kancil tersebut turut tampil keluar daripada kereta untuk ‘mengajar’ pemandu selaku perakam dalam video ini laluan yang perlu dilalui bagi membolehkan beliau melalui jalan tersebut.
Situasi yang berlaku turut mendapat perhatian netizen yang turut hairan dengan langkah yang dilakukan selepas memilih untuk melanggar arus. Tidak kurang juga yang mempersoalkan lesen pemilik Perodua Kancil ini.
Eh dia dh salah? Nak ajar kita pulak 😭😂
— 𝕧𝕠𝕦𝕫𝕕𝕚𝕖𝕝 🇵🇸 (@vouzdielyez) January 4, 2023
https://twitter.com/Reyza79R/status/1610555603176554501
Sehubungan dengan itu, para pemandu lain diharap tidak sewenang-wenangnya memandu secara lawan arus bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau menyusahkan para pemandu yang lain.