Sekiranya terdapat anugerah untuk ‘mata wang paling tenat di Asia’, rupiah Indonesia akan menjadi yang paling layak bulan ini.

Menurut berita penyelidik CNBC Indonesia, pada bulan lalu, rupiah bukan sahaja kalah kepada dolar AS, tetapi juga kepada hampir semua mata wang jiran — termasuk ringgit Malaysia dan won Korea Selatan.

Daripada data Refinitiv, dari 1 April hingga 6 Mei 2025, rupiah melemah 5.78% berbanding won Korea Selatan, 4.53% berbanding ringgit Malaysia, dan 4.44% berbanding baht Thailand.

Indonesia
Sumber: The Star

Berbanding yen Jepun, rupiah juga gagal bertahan dan jatuh 4.43%.

Satu-satunya kilauan cahaya datang daripada yuan China, yang sebenarnya mengukuh sedikit sebanyak 0.03% berbanding rupiah.

Apa Sebabnya Nilai Rupiah Indonesia Jatuh?

Jawapannya ringkas, Donald Trump.

Pada 2 April 2025, Presiden Trump kembali jadi ‘gila’  — mengumumkan tarif import global yang menyebabkan negara perdagangan utama Asia berada dalam keadaan kucar-kacir.

Indonesia
Sumber: Berita Harian

Semua barangan import tertakluk kepada tarif asas sebanyak 10%, dan bagi negara tertentu seperti China (34%), EU (20%), Korea Selatan (25%), dan Taiwan (32%), tarifnya lebih tinggi lagi.

Indonesia? Dikenakan tarif “timbal balik” sebanyak 32%, berkuat kuasa 9 April 2025.

Ini kerana AS merasakan Indonesia juga mengenakan tarif tinggi ke atas barangan mereka.

Indonesia
Sumber: Free Malaysia Today

Jadi, ia seperti membalas dendam ekonomi – dan sudah tentu kesannya serta-merta dirasai pada kadar pertukaran matawang.

Walaupun rupiah lagi terkesan, ini bukan akhir dunia.

Tapi jadi pengingat penting juga buat Malaysia – ekonomi global itu keras, dan keputusan politik di Rumah Putih boleh buat satu dunia jadi gelisah.