Pelakon dan penerbit, Boy Iman memberikan reaksi ringkas kepada media selepas sebutan kesnya di Mahkamah Majistret di sini, hari ini dengan berkata – “Lawan Tetap Lawan”.

Sebutan kesnya hari ini atas tuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, dua bulan lalu, lapor Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 43, berkata, beliau juga akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan representasi berkaitan pertuduhan berkenaan.

Terdahulu ketika prosiding, Majistret Noorelyanna Hanim Abdul Halim, menetapkan 17 Julai depan bagi pengurusan kes Boy Iman dan tiga lagi individu atas pertuduhan itu.

Pada 25 April lalu, Boy Iman, Nor Azmi Jantan, 49; Norazah Sahud, 51, dan Norzana Rapie @ Rafie, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Semua tertuduh didakwa menipu wanita dikenali Siti Wardina Basir dengan memperdaya mangsa dalam urusan penyewaan tapak Hooray X Fest di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,500.

Mereka yang melakukan kesalahan itu di WTC pada 2.34 pagi, 19 April lalu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh masing-masing dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sumber