Pada saban hari, nama-nama universiti tempatan telah menduduki tangga teratas di dalam carta terbaik dan ini membuatkan warga asing turut berminat menyambung belajar di sini selain rakyat tempatan.

Kini negara jiran mengakui kehebatan institusi pendidikan tinggi Malaysia adalah yang terbaik malahan sedia menjadikan sebagai pilihan utama untu melanjutkan pengajian di sini.

Hal ini mulai jadi perbincangan apabila seorang netizen dari Indonesiayang meluahkan pendapatnya tentang negara yang berbaloi dipertimbangkan bagi mendapatkan Sarjana muda dan lebih tinggi jika perlu.

“Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti, lebih baik ke kampus di Malaysia sahaja. Kosnya lebih berpatutan. Ijazahnya diterima di negara-negara Komanwel,” ciap seorang netizen Indonesia di X.

Ramai akui kehebatan pengajian di Malaysia

Belajar
Sumber Gambar: FB Monash University

Melihat respons yang diterima, ramai bersetuju dengan kenyataan tersebut yang mana yakin Malaysia dapat menyediakan kualiti pengajian yang lebih berkualiti dan paling penting kosnya berpatutan berbanding ke negara lain.

Dalam pada itu, yang sudah berpengalaman atau mempunyai saudara yang bergelar graduan di sini mendedahkan sangat berpuas hati melanjutkan pengajian di sini apatah lagi senang beradaptasi dengan budaya tempatan.

Antara yang membuatkan mereka lebih yakin di mana terdapat sejumlah kampus terkenal dari Australia, UK dan banyak lagi sepert Monash, Herriot Watt, University of Southampton, Nottingham dan Curtin.

Sijil pengajian di Indonesia tidak laku

‘Lebih Baik Sambung Belajar Di Malaysia, Sijil Pun Laku’ - Warga Indonesia
Sumber Gambar: Student World Online

Bahkan, ada yang berkongsi keluarga terdekat yang menyambung pengajian di negaranya sendiri mengalami kesukaran mendapatkan pekerjaan di syarikat terkemuka atua di luar negara kerana sijil yang tidak diiktiraf secara meluas berbanding dari Malaysia.

Susulan itu, sejumlah netizen menunjukkan minat yang mendalam untuk menyambung pengajian ke sini dan mendapatkan tajaan dalam mereliasasikan cita-cita itu. Universiti Malaya muncul menjadi pilihan utama kerana penawaran kos yang luas dalam bidang profesional.